VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UMNO

ARKIB : 21/06/1999

Petronas akan diarah tukar logo

KUALA LUMPUR 20 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, akan mengarahkan pengurusan Petronas menukar logo syarikat itu supaya ia tidak boleh dieksploitasi oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO memberi jaminan akan merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahthir Mohamad, untuk persetujuan sebelum melaksanakan pertukaran logo tersebut.

Menurutnya, logo Petronas itu sebenarnya telah dibuat perubahan oleh Petronas Dagangan sejak tahun 1964 lagi atas alasan susunan warnanya tidak sesuai dan tidak tahan dengan perubahan cuaca dan pencemaran udara.

''Susunan warna gelang putih berbulat hijau kebiruan yang berlatar belakang warna hijau tidak sesuai kerana bila terkena cahaya atau pencemaran, logo itu cepat pudar menjadi warna hijau kebiruan kesemuanya.

''Jadi dengan ini tiada nilai komersial atau boleh bersaing. Namun jika logo bulat putih seperti bulan itu menjadi masalah kepada kita, kita akan tukar,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Siti Zaharah berkata, isu logo Petronas itu sebenarnya adalah satu muslihat parti pembangkang yang bankrap idea dan akan menggunakan apa sahaja gimik atau lambang untuk memutarbelitkan persepsi orang ramai terhadap kerajaan dan sumbangan UMNO untuk negara.

Beliau meminta ahli UMNO sentiasa berwaspada kerana musuh-musuh boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk sebagai kawan sendiri, bantuan, pinjaman dan lain-lain.

''Sedar dan bertindaklah sebab kita adalah anggota parti yang mempunyai amanah dan tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara,'' katanya.

Mengenai kakitangan Petronas dan beberapa jabatan kerajaan yang dikatakan antikerajaan, Siti Zaharah berkata, tuduhan tersebut tidak semua benar kerana sebahagian besar kakitangan terbabit telah menunjukkan komitmen yang tinggi ketika negara sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi.

Bagaimanapun, tegasnya, usaha yang lebih kerap dan berkesan akan diambil supaya komunikasi antara kakitangan dan pegawai dapat dieratkan dan seterusnya akan menyelesaikan isu antikerajaan itu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.