VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 20/06/1999

Turunkan harga perisian tulen - FOMCA

Presidennya, Prof. Hamdan Adnan berkata, masalah kegiatan cetak rompak perisian tidak akan berkesudahan jika produk perisian tulen dijual pada harga yang terlalu tinggi dan tidak termampu dibeli oleh pengguna.

Menurut beliau, adalah tidak munasabah jika pengeluarnya di negara ini menjual produk perisian mereka sama dengan harga yang ditawarkan di Amerika Syarikat dan mereka perlu menawarkan harga yang bersesuaian dengan kemampuan pengguna tempatan.

''Malahan, kita kena membayar lebih bagi perisian yang dijual di sini untuk menampung kos-kos lain yang terlibat berbanding pengguna-pengguna komputer di Amerika Syarikat.

''Mereka juga perlu fikir bahawa purata pendapatan rakyat Malaysia adalah lebih rendah daripada pendapatan rakyat Amerika,'' katanya, baru-baru ini.

Hamdan berkata, beliau tidak memahami mengapa para pengeluar perisian yang teruk diancam oleh kegiatan cetak rompak tidak mengambil sebarang langkah untuk mengurangkan harga produk mereka ke paras yang mampu dibeli pengguna.

Beliau berkata, untuk meletakkan situasi cetak rompak dalam perspektif yang berlainan, mereka sebenarnya melakukan satu 'kebaikan' dengan menyebarkan celik komputer di seluruh negara.

''Produk perisian tulen sangat mahal dan hanya segelintir pengguna sahaja mampu memilikinya. Tanpa versi cetak rompak, celik komputer dan teknologi maklumat (IT) tidak seperti apa yang ia wujud hari ini. Kita perlu mengkaji dengan serius dasar harga produk perisian asli,'' katanya.

Beliau percaya jika produk-produk ini dijual dengan harga yang munasabah, permintaan terhadap perisian cetak rompak akan menurun dengan mendadak dan masalah itu dapat diatasi akhirnya.

Berdasarkan senarai harga perisian tulen yang ada di pasaran tempatan masa kini, mendapati perbezaannya begitu ketara berbanding perisian cetak rompak.

Sebagai contoh, harga perisian sistem operasi Microsoft Window 98 adalah RM600 berbanding yang telah dicetak rompak iaitu RM15 dan RM20 manakala suit Office 97 pula dijual pada harga RM1,500 berbanding RM25 versi cetak rompak.

Di Amerika Syarikat yang mana penduduknya mempunyai tahap pendapatan yang tinggi, produk-produk tersebut dijual dengan harga lebih rendah (jika dibandingkan dengan tahap pendapatan) iaitu Windows 98 dijual dengan harga kira-kira AS$180 dan suit Office 97 (Standard) dijual dengan harga AS$430.

Menurut syarikat-syarikat pengeluar perisian tulen, harga produk mereka menjadi mahal di negara ini kerana masalah tukaran wang asing dan mereka juga berpendapat yang produk-produk mereka mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat di negara ini.

Salah seorang daripada kakitangan syarikat perisian terkemuka pernah menyatakan produk-produk mereka seperti suit pejabat adalah disasarkan untuk kegunaan di syarikat-syarikat perniagaan dan bukannya untuk individu biasa.

''Sehubungan itu, masalah harga produk yang tinggi tidak sepatutnya menjadi masalah kerana syarikat-syarikat di negara ini mampu untuk membeli produk tulen keluaran kami,'' kata jurucakap tersebut.

Malaysia telah menjadi antara negara yang paling aktif membanteras aktiviti cetak rompak di rantau ini dengan mencatatkan kadar penurunan ketara aktiviti tersebut sejak kebelakangan ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kerajaan dengan kerjasama Business Software Alliance (BSA) bagi memastikan yang syarikat-syarikat dan individu di negara ini menggunakan produk tulen bagi komputer mereka.

Pada 1997 kadar cetak rompak perisian di negara ini telah berkurangan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mana ia merupakan antara yang terbaik di kalangan negara-negara Asia.

Kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah berjaya membantu meletakkan asas pengurusan perisian yang sah di kalangan pengguna korporat di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.