Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
GAYA HIDUP

ARKIB : 06/05/1999
Pampasan hilang upaya untuk Miskan

Pampasan hilang upaya untuk Miskan

Miskam Kommad menerima cek pampasan insuran skim berkelompok itu yang berjumlah RM135,000 dari KPD, di rumahnya di Kampung Bukit Canggang, Banting, Selangor baru-baru ini.

Miskan merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Batalion kelapan Pasukan Gerakan Am (8 PGA) yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau yang kini tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak, adalah ahli KPD dan menyertai Skim Insurans Berkelompok KPD sejak tahun 1971.

Pada 6 Ogos 1996, ketika bertugas, beliau terkena kejutan elektrik dan berikutan itu menghidap penyakit 'motor neurons disease' iaitu penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot dan pergerakan manusia.

Majlis penyerahan cek itu telah disempurnakan oleh Pengerusi KPD yang juga Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik, Ibu Pejabat Bukit Aman, Datul Talib Jamal.

Jumlah yang Miskan terima itu adalah hasil daripada tabungannya sebanyak lima unit dalam skim insuran berkenaan.

Hasil pampasan itu akan digunakan oleh isterinya, Sirap Yahaya untuk membina sebuah rumah dan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN