ARKIB : 31/03/1999
Konsert Ziana di PWTC sabtu ini
Kemunculan album terbaru Ziana Zain membawa dua peristiwa indah dalam hidup penyanyi ini.
Pertama ialah album tersebut yang berjudul Ziana Zain lahir selepas perkahwinannya tetapi masih mampu menarik perhatian para peminatnya. Album tersebut kini terjual hampir 40,000 unit.
Selain itu, menerusi album tersebut juga, Ziana Zain sekali lagi diberi peluang untuk bertemu dengan para peminat menerusi sebuah konsert istimewa yang ditaja khas oleh Head & Shoulder.
Sebagai model bagi jenama tersebut, Ziana Zain cukup berbesar hati kerana album tersebut memberi laluan kepadanya untuk muncul dalam konsert pertamanya tahun ini.
Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain itu akan diadakan pada Sabtu ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 9 malam. Selain Head & Shoulder, turut menaja konsert tersebut ialah Radio Era dan Leadcom.
Menurut Ziana, konsert tersebut secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk meneruskan karier meskipun telah mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.
Katanya, sebagai penyanyi yang telah berkahwin, ramai yang membuat tanggapan yang dia sudah berada di penghujung karier. Namun, tanggapan tersebut ditangkis dengan menyiapkan diri dengan beberapa pembaharuan menerusi album ini.
Justeru itu katanya, album Ziana Zain lahir dari kesungguhan dan semangat jitunya untuk meneruskan kariernya sebagai penghibur.
Penyanyi ini kini terkenal dengan lagu Syurga Di Hati Kita, Penawar Semalu dan Kesuma Hati.
Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan Ziana Zain dalam konsert itu kelak, mereka perlu membeli syampu Head & Shoulder 400 mililiter berserta album terbaru Ziana Zain.
Ia diperlukan bagi membuat pertukaran dua tiket percuma di kedai-kedai Tops, Watson dan Guardian.
Into Darkness dahului box-office
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









