VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 28/03/1999

Penuhi masa bersama anak-anak


KUZA.


SUDAH lama kita tidak mendengar sebarang khabar berita tentang diri Kuza. Wajahnya boleh dikatakan agak jarang benar muncul sama ada dalam drama ataupun filem sejak akhir-akhir ini.

Ketika ditemui di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia sendiri mengakui hakikat tersebut.

Tetapi dia ada menyatakan bahawa setakat ini dia sedang memikirkan tawaran berlakon drama bersiri yang mengambil lokasi penggambaran di New Zealand.

"Saya akui hakikat tersebut. Ini mungkin disebabkan keadaan kegawatan ekonomi yang melanda industri hiburan tempatan.

"Tidak banyak syarikat penerbitan tempatan yang berani mengeluarkan filem ataupun drama dalam keadaan sekarang ini,'' ujarnya.

Dalam kelapangan tersebut, dia sekarang ini menguruskan sendiri segala keperluan sepasang anaknya yang masih kecil itu.

Katanya, dalam keadaan kegawatan ini, adalah lebih elok jika dia sekeluarga berjimat dalam perbelanjaan keluarga.

"Sebelum ini, saya hantar ke pusat jagaan anak tetapi bila tawaran berlakon mula berkurangan, saya ambil keputusan untuk menguruskan keperluan anak saya sendiri.

"Lagipun, adalah lebih menjimatkan jika saya urus sendiri keperluan kedua-dua orang anak saya ini,'' jelasnya yang kini sedang memikirkan untuk menjalankan perniagaan Cyber Cafe.

Menurut Kuza, walaupun rutin tersebut terasa membosankan tetapi dia tetap terasa bahagia kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk mendidik anaknya sendiri.

"Bosan itu memang ada tetapi peluang ini memberikan saya kesempatan untuk mendidik mereka sendiri,'' katanya yang turut berminat melayari Internet.

Oleh itu, untuk mengelakkan kebosanan tersebut, dia sering kali membawa kedua-dua anaknya ke taman permainan yang berdekatan ataupun pergi membeli-belah bersama.

"Jika tidak pun, kami tiga beranak akan menonton televisyen ataupun video bersama,'' tambahnya yang sering juga membawa anak-anaknya menonton wayang gambar. - Oleh HASHNAN ABDULLAH (hashnan82@hotmail.com)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.