ARKIB : 16/03/1999
Ziana Zain berusaha buat perubahan

Sebagai penyanyi, katanya, dia memberikan sedikit idea asas corak lagu yang diinginkan kepada pencipta yang bakal menghasilkan lagu untuk albumnya.
''Saya tidak mempunyai kebolehan dalam mencipta lagu jadi saya berikan idea,'' katanya semasa ditemui baru-baru ini.
Setelah hampir 10 tahun menjadi artis, Ziana masih tidak mempunyai kesempatan untuk mencuba kebolehannya dalam mencipta lagu.
''Saya tidak mempunyai masa untuk mencari ilham mencipta lagu dan biarlah kerja itu diberikan kepada orang yang mempunyai kebolehan,'' ujar Ziana lagi.
Mengenai perubahan yang diinginkannya, kata Ziana, apabila menyanyikan lagu ciptaan komposer yang belum pernah bekerjasama dengannya pasti akan memberi satu kelainan.
Kali ini Ziana menggunakan khidmat Azmeer untuk mencipta sebuah lagu dalam album terbaru yang dipasarkan 9 Mac lalu.
Album berjudul Ziana Zain itu turut menampilkan komposer yang serasi dengannya seperti Johari Teh, Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Ly.
Ziana juga sedar masalah pasaran yang lemba yang membantutkan jualan album penyanyi tempatan sejak akhir-akhir ini.
Walaupun mempunyai nama yang besar dalam bidang seni, Ziana tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebaliknya dia berusaha untuk mempromosikannya bersungguh-sungguh.
''Nama yang besar tidak boleh dijadikan aset utama dan saya juga akan bekerja keras untuk pastikan album saya diterima,'' jelas Ziana lagi.
Dia juga bertuah kerana terpilih menjadi model iklan sejenis syampu berjenama yang kini sedang disiarkan untuk iklan barangan itu.
Penglibatannya dalam iklan barangan tersebut membolehkan dia muncul dalam satu konsert khas iaitu Konsert Zon Perlindungan Ziana Zain.
Konsert yang bakal diadakan pada 3 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu tidak mengenakan sebarang tiket, sebaliknya pas percuma diberikan kepada pembeli album dan syampu jenama tersebut.
''Saya anggap konsert tersebut amat bermakna kerana ia diadakan di kemuncak kerjaya saya,'' kata Ziana.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









