VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 12/02/1999

Kencing manis: Pesakit perlu pendidikan formal

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati, 70 peratus penghidap kencing manis tidak mendapat pendidikan formal mengenai penyakit itu daripada doktor.

Hasil kajian selama tiga bulan pada tahun 1997 ke atas 7,000 kes di seluruh negara menunjukkan hanya 30 peratus sahaja yang mendapat nasihat tidak formal daripada doktor.

Bagaimanapun, doktor-doktor yang sepatutnya bertanggungjawab memberikan pendedahan mengenai penyakit itu cuma memberitahu pesakit mengenai soal penjagaan pemakanan sahaja.

Demikian menurut Ketua Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan HUSM, Prof. Madya Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Diabetes dan Rawatan, baru-baru ini.

Aspek penjagaan yang lebih penting seperti mendedahkan kepada pesakit tentang komplikasi kencing manis, asas perawatannya, pemantauan, penjagaan kaki dan penjagaan kencing manis semasa sakit-sakit ringan, perjalanan dan puasa diabaikan.

''Doktor sepatutnya berrtanggungjawab penuh dalam memberikan nasihat dan pakar pemakanan pula mendidik pesakit bagaimana hendak mematuhi pantang-larang ketika makan,'' katanya.

Menurutnya, kencing manis ialah sejenis penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan ia hanya dapat dikawal dan pesakit akan merawat diri mereka sendiri atas tunjuk ajar doktor.

Sehubungan itu, amalan pemakanan yang betul amat penting dalam perawatan kencing manis kerana ubat tidak akan memberi apa-apa kesan jika pesakit terus dengan tabiat pemakanan yang buruk.

Dr. Wan Mohamad berkata, pemakanan yang betul akan dapat mengawal kadar gula dalam darah, mengekal atau mencapai berat badan yang sesuai dan memberikan bekalan tenaga dan vitamin secukupnya.

Makanan yang boleh diambil oleh pesakit tanpa had ialah sayuran berdaun, minuman tidak bergula, rempah kari, minuman bergas tanpa gula.

Sementara makanan yang mesti dielakkan ialah gula, air sirap, minuman bergula, buah-buahan dalam tin dan ais krim.

Menurutnya lagi, hasil penyelidikan menunjukkan 'prevalen' kencing manis di Malaysia ialah antara lapan hingga 10 peratus, bermakna lapan hingga 10 orang menghidap kencing manis bagi setiap 100 penduduk berumur 20 tahun ke atas.

''Ramai penduduk menghadapi masalah gangguan Tolerans Glukosa (GTG) iaitu mempunyai paras gula dalam darah merah yang tinggi tetapi tidak setinggi penghidap kencing manis.

''Kumpulan ini jika dibiarkan akan bertukar menjadi pengidap kencing manis, orang yang bermasalah GTG juga berkemungkinan mendapat serangan koronari jantung dan angin ahmar,'' katanya.

Selain disebabkan oleh faktor keturunan penyakit ini boleh disebabkan oleh kurang bersenam, kegemukan, umur lanjut dan kerap mengandung.

Pengambilan ubat yang mengandungi steroid juga boleh menyebabkan kencing manis kerana ubat berkenaan mengandungi bahan yang dicampur dalam makjun berjenama tertentu.

Penghidap kencing manis biasanya akan menunjukkan tanda-tanda cepat letih, kehilangan berat badan yang mendadak dan mengalami kekejangan otot terutamanya di waktu malam.

Sehubungan itu, aktiviti riadah sehingga mengeluarkan peluh seperti berkebun, membasuh kain menggunakan tangan, mencuci rumah, berjalan ke masjid, dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu.

Dr. Mohamad berkata, riadah bertujuan mengawal gula dalam darah, melicinkan pengaliran darah ke jantung, otak dan kaki serta membakar lemak-lemak berlebihan.

Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.