VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 11/01/1999

SRC terbit album seleksi hari raya

Syarikat rakaman Suria Records (SRC) meneruskan tradisi menerbitkan sebuah album hari raya, Seleksi Hari Raya yang menggabungkan banyak penyanyi-penyanyi popular.

Melalui album tersebut, pendengar akan dihiburkan oleh penyanyi yang terdiri daripada Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, 2 By 2, Maz, Asha Malik, Jeffrydin, kumpulan Firdaus, Ala Carte, Handy Black, Sweethearts dan ND Lala.

Syarikat ini menaruh keyakinan album Seleksi Hari Raya mampu menarik perhatian kerana lagu-lagu yang dimuatkan menepati citarasa semua golongan pendengar.

Album yang diterbitkan oleh Suhaimi Mohd Zain itu mengandungi 14 lagu yang menggabungkan lagu hari raya baru dan lama untuk membangkitkan nostalgia lagu-lagu berkenaan.

Lagu-lagu yang boleh dinikmati menerusi Seleksi Hari Raya adalah Nikmat hari raya (September 5/Noraniza Idris/Siti Nurhaliza), Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza), Kupohon Doa Di Hari Raya dan Zapin Aidilfitri (Liza Hanim), Bersederhanalah (N.D Lala), Masih Ada Yang Sayang (Noraniza Idris).

Lagu lain ialah Dikir rayo (2 By 2), Selamat Hari Lebaran (Asha Malik), Balik Kampung (Ala Carte), Cahaya Aidilfitri (Handy Black), Bersabarlah Sayang (Sweethearts) dan Miskin Kaya (Firdaus).

Album tersebut juga menguji kebolehan artis-artis SRC menyanyikan dalam rentak yang pelbagai walaupun ada di antara mereka tampil dengan album berentak pop, revival, tradisional Melayu dan juga pop rock.

Contohnya, penyanyi Liza Hanim yang popular menerusi lagu pop Getaran Cinta Di Jiwa akan membuai perasaan peminatnya dengan lagu raya berentak zapin iaitu Zapin Aidilfitri.

Siti Nurhaliza juga muncul dengan lagu ciptaan baru oleh Suhaimi iaitu Sesuci Lebaran. Penyanyi Asha Malik yang pernah muncul dengan album dangdut dan terbaru merakamkan album berkonsep pop rock turut menyampaikan sebuah lagu raya berjudul Selamat Hari Raya.

Terdapat sebuah lagi lagu ciptaan baru iaitu Nikmat Hari Raya yang disampaikan oleh tiga generasi penyanyi iaitu kumpulan September 5, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Gabungan ketiga-tiga penyanyi ini telah menjadikan lagu tersebut lebih mantap di sertai dengan melodinya yang menarik.

Eksekutif Promosi SRC, Bard, berkata, album yang sudah hampir dua minggu di pasaran itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaupun lagu-lagu raya mempunyai tempoh tertentu untuk diputarkan di radio tetapi ia tidak menghalang penjualan album Seleksi Hari Raya.

'' SRC yakin bahawa album tersebut akan terus mendapat sambutan berdasarkan penjualan pada masa ini. Walaupun album hari raya merupakan album bermusim tetapi peminat tidak melepaskan peluang mendapatkannya, '' jelas Bard.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.