VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/12/1998

Iwan dan Wan Rafidah impin dan harapan

SESUDAH mencetuskan kontroversi dan menamatkan hubungan cinta dengan penyanyi dangdut Amelina dan kemudian digosipkan pula dengan Ani Mayuni, kini sahlah komposer dan penyanyi popular Iwan akhirnya menamatkan zaman dudanya baru-baru ini.

Gadis pilihan Iwan ini yang nama sebenarnya ialah Wan Syahman Wan Yunus seperti yang sudah diketahui umum ialah Wan Rafidah Wan Abu Bakar.

Iwan yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rosnah Mohd. Noor dan mempunyai tiga orang anak selamat diijabkabulkan pada 16 November lalu dengan hantaran perkahwinan sebanyak RM10,000.

Ketika bertemu dengan pasangan pengantin itu malam 3 Disember lalu, Iwan dan Wan Rafidah kelihatan begitu mesra melayan setiap pertanyaan yang ditujukan kepada mereka.

Meskipun sibuk dan penat memenuhi permintaan pihak media lain untuk merakamkan wajah mereka berdua, namun di wajah Iwan dan Wan Rafidah tidak sedikitpun terpancar wajah yang letih.

Sebaliknya, kedua-dua mereka menunjukkan wajah penuh ceria serta memberikan kerjasama yang cukup baik.

Dalam pertemuan itu Iwan, 36, berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana akhirnya menemukan dia dengan seorang gadis yang ikhlas untuk hidup bersamanya.

Selepas sekian lama dirinya dihimpit dengan pelbagai kontroversi percintaan, Iwan mengakui baru kini dia sudah dapat tidur dengan lena.

''Sebelum ini fikiran saya sering sahaja terganggu dan tidak menentu kerana ada yang mengatakan saya yang bersalah dan sebagainya.

''Tetapi keadaan itu sudah berubah dan saya kini amat gembira dengan kehidupan baru ini,'' ujarnya sambil melemparkan senyuman yang manja kepada isterinya yang sedang sibuk disolek oleh juruandam Kak Yan.

Menurut ayah kepada tiga orang cahaya mata ini, dia juga berharap dengan perkahwinannya kali ini Allah akan memurahkan rezekinya di samping menutup segala gosip atau skandal yang pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Selain itu, Iwan juga menyatakan rasa syukurnya kerana Wan Rafidah bersedia untuk berkongsi kasih sayang dengan tiga orang anaknya yang turut dijaga oleh bekas isterinya, Rosnah.

Sementara itu Wan Rafidah, 24, berkata, sebagai isteri kepada seorang artis dia akan belajar bagaimana caranya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang penuh dengan glamor itu.

Wan Rafidah bagaimana pun memberi jaminan tidak akan terlalu mencampuri urusan peribadi dengan karier suaminya kerana dia sedar hidup sebagai isteri celebrity menuntutnya berdepan dengan banyak kesabaran.

''Jika selama ini saya hanya mendengar cerita dan membaca melalui majalah dan akhbar sahaja tetapi kini saya akan melaluinya sendiri.

''Oleh yang demikian saya akan cuba menyesuaikan diri dengan gaya hidup suami saya. Saya juga perlu sedar bahawa Iwan mempunyai ramai peminat,'' jelasnya sambil merenung jauh masa depannya.

Hari ini kedua-dua pasangan pengantin tersebut akan diraikan dalam satu majlis istimewa yang diadakan di rumah keluarga Iwan di Kisaran, Medan, Sumatera, Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.