VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 01/10/1998

KLIA anggota polis menjaga imej negara


TERSERGAM Indah... inilah bangunan Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru siap dibina.


Suasana yang harmoni di lapangan terbang itu, adalah sesuai dengan statusnya sebagai salah sebuah lapangan terbang yang termoden di dunia.

Bagi memastikan keadaan itu berterusan, sebanyak 200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)di tempatkan di lapangan terbang tersebut.

Merekadiberi satu tanggungjawab yang amat besar untuk menjaga imej pintu masuk utama negara.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Polis KLIA, Timbalan Penguasa Polis (TPP) Shukri Dahlan yang berkata,sesiapa sahaja yang dikerahkan bertugas di KLIA harus mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapisuasana tugas baru.

Beliau turut menyifatkan, memikul tugas di KLIA merupakan satu pengalaman baru yang tidak akan dirasai oleh anggota polis yang bertugas di balai.

''Bertugas di sini memerlukan latihan tambahan bagi memastikan kita mampu menghadapi sebarang bentuk perlakuan jenayah,'' jelasnya semasa ditemui di pejabatnya yang terletak di Bangunan Pengurusan KLIA, Sepang, baru-baru ini. Bagi memastikan mutu khidmat polis terus cemerlang, Shukri memberitahu, pihak pengurusan KLIA telah meletakkan dua pondok polis iaitu di balai berlepas dan balai ketibaan.

''Di sini, sesiapa sahaja yang menghadapi masalah, boleh menemui anggota polis yang ditugaskan sepanjang 24 jam setiap hari,'' katanya.

Bagi memudahkan tugas-tugas penyeliaan, katanya, polis di KLIA mempunyai pejabat pentadbirannya yang tersendiri iaitu di tingkat satu Bangunan Pengurusan dan sebuah lagi balai polis yang baru dibina kira-kira 5kilometer dari lapangan terbang tersebut.

''Kedua-dua pusat pentadbiran polis itu akan mengendalikan segala kes yang dilaporkan oleh orang ramai,'' jelasnya.

Menyentuh mengenai pengetahuan bahasa asing, memandangkan lapangan terbang itu menjadi tumpuan rakyat luar negara, Shukri menjelaskan, pengetahuan berbahasa, terutama bahasa Inggeris amat dititikberatkan kepada semua pegawai dan anggota polis yangditugaskan di sini.

''Setiap pegawai dan anggota yang ditugaskan di siniakan menjalani kursus bahasa bagi memudahkan mereka, terutamanya ketika berhadapan dengan pendatang asing yang mempunyai masalah,'' katanya.

Dengan adanya kelebihan berbahasa di kalangan, anggota polis, jelas beliau, mereka akan dapat menjalankan tugas yang membabitkan pelancong asing dengan lebih lancar.

''Kecanggihan sesebuah lapangan terbang bukan semata-mata terletak kepada kelengkapan teknologinya, tetapi juga memerlukan lebih dari itu iaitu kebolehan kita memahami laporan yang ingin dibuat oleh orang ramai.

''Di sini juga secara tidak langsung mencerminkan .imej polis itu sendiri yang mampu berhadapan dengan, pelbagai kes yang dilaporkan oleh rakyat asing,'' jelasnya.

Kepentingan balai polis di KLIA ini, menurut Shukri, jelas terbukti apabila balai polis ini dilengkapkan dengan beberapa unit penting seperti unit anjing pengesan, unit pemusnah bom dan sebagainya.

''Perancangan rapi pasukan keselamatan di sebuah lapangan canggih adalah penting bagi memastikan kita mampu menghadapi sebarang krisis,'' katanya.

Shukr, .memberitahu, keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kelengkapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz sebelum ini.

''Anggota polis kita tidak seramai yang ditugaskan di lapangan terbang KLIA dan yang lebih jelas kebanyakan kes jenayah akan di serahkan kepada Balai Polis Daerah Petaling Jaya untuk disiasat,'' katanya.

Bagaimanapun, kata Shukri, menyedari kepentingan lapangan terbang ini, balai polis di sini telah dinaikkan taraf iaitu mampu menyiasat sendiri kebanyakan kes-kes jenayah yang berlaku di KLIA.

''Di sini sahaja sudah cukup membuktikan, menjalankan tugas polis di KLIA memang memerlukan anggota yang mahir dan cepat bertindak,'' jelasnya.

Katanya, anggota polis di sini, bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghadapi jenayah serius, tetapi mereka juga harus berhadapan dengan jenayah biasa seperti seluk saku mahupun kehilangan bagasi, termasuk mengawal kenderaan yang diletakkan di kawasan terminal lapangan terbang.

''Kita tidak boleh menjangkakan bilakah jenayah serius akan berlaku, tetapi apa yang kita boleh lakukan ialah meletakkan diri kita sentiasa bersiap siaga,'' tegasnya.

Seorang anggota polis KLIA yang ditemui, Konstabel Lasia Albert berkata, dia merasa bangga kerana diberi peluang bertugas di lapangan terbang yang canggih dan baru dibuka.

Sejak lebih sebulan bertugas di pondok balai berlepas, KLIA, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk menerima aduan daripada orang ramai.

''Saya senang menghadapi mereka, tidak kiralah orang tempatan mahupun orang asing... saya akan cuba memberi bantuan yang semampunya kepada mereka yang memerlukan,'' jelasnya.

Sementara itu, rakannya, Lans Koperal Kamarulzaman Mohd. Siraj pula berkata, pengalaman bertugas di KLIA telah mendedahkan dirinya dengan pelbagai situasi yang menjadikannya lebih profesional.

''Saya berikrar untuk memberi khidmat terbaik kepada pengguna lapangan terbang ini,'' ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.