VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 20/09/1998

Daun pisang kering johan gubahan bahan terbuang

Namun bagi mereka yang kreatif dan berbakat, daun pisang yang dianggap sebagai bahan bakar sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.

Bagi Hamidah Ibrahim, 40, bahan-bahan terbuang seperti pembungkus gula-gula, daun pisang, kulit bawang, upih pinang, mayang kelapa, selain dapat mengisi masa lapang dengan kreativiti tersendiri hasil kraf tangan ini dapat menambah pendapatan. Daun pisang jika digubah dapat menghasilkan pelbagai bentuk gubahan dan hiasan dalam rumah seperti jambangan bunga ros, bunga orkid, hantaran perkahwinan, hiasan rumah dan bermacam-macam lagi.

Jika dilihat pada hasilnya, gubahan daun pisang memerlukan kepakaran dan kesabaran kerana daun pisang yang lembut jika dibuat secara kasar akan menyebabkan daun tersebut mudah terkoyak.

''Malah gubahan yang lengkap boleh disiapkan dalam tempoh dua hari sekiranya kita memberi masa dan tumpuan,'' katanya. Gubahan daun pisang ini lebih tahan lama sekiranya ia disapu dengan varnish dan disemburkan dengan warna jernih, bagi membantu menaikkan seri warnanya.

''Kalau dipelihara dengan baik dan rumah tidak begitu berhabuk, gubahan daun pisang ini mampu bertahan sehingga dua tahun lamanya,'' jelas beliau.

Mungkin tuah atau daya kreativitinya yang unik, beliau jarang melepaskan peluang untuk masuk dalam sebarang pertandingan gubahan.

Lebih membanggakan setiap kali memasuki pertandingan, beliau pasti mendapat tempat pertama.

''Mungkin rezeki saya, setakat ini saya berjaya memenangi tempat pertama lebih 10 kali setiap kali pertandingan gubahan diadakan,'' kata ibu kepada lima anak ini.

Isteri kepada bekas anggota tentera ini menjelaskan, selain minat yang ada pada diri penglibatannya yang aktif dalam Bakat lebih sepuluh tahun banyak membantu mengasah minat dan kreativitinya. Hamidah menjelaskan, meskipun untuk membuat gubahan daun pisang tidak memerlukan masa yang panjang, tetapi ia perlu dilakukan dengan teliti dan hati-hati serta agak rumit.

Anak kelahiran Johor ini memberitahu sambutan setakat ini cukup menggalakkan. Selain mendapat tempahan membuat gubahan daun pisang, beliau juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan seperti bunga telur.

Ketika ditanya berhubung perancangan masa depannya, beliau menjelaskan gubahan daun pisang dibuat sekiranya ada permintaan sahaja.

Ini kerana beliau banyak mengisi masa membantu suaminya yang telah bersara menjalankan perniagaan katering majlis-majlis perkahwinan sambil mengandam pengantin. Apa yang membanggakan usahanya turut mendapat sokongan daripada anak-anak terutama suaminya.

Menurutnya, idea yang diperolehi selain secara spontan, pengalaman melihat alam sekeliling turut mencorakkan idea untuk menghasilkan pelbagai bentuk gubahan seperti gubahan bunga matahari, putik kelapa dan bermacam-macam lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.