ARKIB : 18/08/1998
AKTIVITI ARTIS DAN HIBURAN
Jim di Synchrosound
Pemain piano dari Amerika Syarikat, Jim Brickman, akan bermain piano untuk lagu terbaru Ziana Zain di Studio Synchrosound, Petaling Jaya, pada pukul 10 malam ini.
Artis di ntv7
Artis-artis KRU Records iaitu KRU, Elite dan Indigo akan menjalani rakaman program All Star Concert di studio ntv7, hari ini.
Jed dalam Muzik-Muzik
Kumpulan Jed akan muncul dalam rancangan Muzik-Muzik untuk pencalonan lagu Cintaku terlarang, pada pukul 5.32 petang esok, bertempat di Studio C, Bangsar.
Pelancaran siri Ujang
Majlis pelancaran siri Ujang berjudul Ujang-Siri TV Pulak akan diadakan di Bilik Subang 1, Hotel Sheraton Subang, Subang Jaya, pukul 1.30 petang esok.
Tayangan perdana Silat Legenda
Majlis tayangan perdana filem Silat Legenda akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, pukul 3 petang esok.
Minggu Warna-Warna Seni
Unit Kebudayaan dan Pusat Ko-Kurikulum (HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Minggu Warna-Warna Seni UKM bertempat di Bangunan Pusanika UKM, Panggung Seni UKM dan Makmal Seni UKM, bermula esok.
Artis FMC di Ekspo Papita
Artis-artis FMC seperti Arrow, Eye, Budak Kacamata dan Still akan menghiburkan pengunjung Ekspo Papita di USJ 10/1E, Subang Jaya, pada pukul 9.30 malam esok.
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









