VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 16/08/1998

Kumpulan Acer laksanakan penstrukturan semula organisasi

Kumpulan Acer dari Taiwan akan melaksanakan struktur organisasi perniagaan diubah semual, dengan sasaran untuk mengubah Acer menjadi kumpulan yang customer-centric dan berorientasikan harta intelektual.

Kumpulan tersebut berkata dalam satu kenyataan bahawa Simon Lin dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif Acer Inc, menggantikan Stan yang akan menjadi pengerusi dan CEO keseluruhan Acer Group.

"Kami mahu meningkatkan tahap persaingan global Acer di dalam perniagaan komuter peribadi, menyiapkan diri kita untuk alaf (millennium) baru, khususnya berikutan persekitaran luaran dan dalaman perniagaan semakin berpelbagai dan kompleks,'' kata kenyataan itu menyebut Shih sebagai berkata.

"Objektif kami untuk memperbaiki kedudukan Acer untuk mencekup peluang-peluang perniagaan perniagaan baru, dan merealisasikan visi Acer menjadi syarikat menekankan perkhidmatan dan perniagaan harta intelektual,'' kata Shih.

Struktur baru itu terdiri daripada lima kumpulan, termasuk Acer Information Products Group, diketuai oleh CEO Simon Lin; Acer Semiconductor Group, diketuai pemangku CEO Stan Shih; Acer International Service Group, dipengerusikan oleh CEO William Lu; Acer Sertek Service Group, diketuai oleh CEO J.T. Wang; dan Acer Peripherals Group, dengan K.Y. Lee sebagai CEO.

Penganalisis berkata re-engineering itu akan membolehkan Shih untuk memfokuskan tenaganya kepada unit mikrocip yang merugikan, Acer Semiconductor. Shih berkata beliau berminat untuk keluar daripada aktiviti dynamic random access memory, atau DRAM, pengeluaran dan memasuki litar bersepadu logik dan pembuatan cip "foundry'' secara tempahan.

Kejatuhan teruk harga DRAM global sejak beberapa penggal lepas telah menyebabkan kerugian besar kepada semua pembuat DRAM di Taiwan, dan kebanyakannya beralih kepada pembuatan cip foundry.

Acer Semicon, sebelum ini merupakan usahasama antara Acer dengan Texas Instruments Corp dipanggil TI-Acer, mulai mencatatkan kerugian. Acer baru sahaja membeli pegangan TI dalam TI-Acer.

Acer Europe dan Acer America akan disepadukan sebagai Acer Information Products Group, kata kenyataan tersebut. Acer Inc juga akan menjdai subgroup Acer Information Products Group, membalikkan struktur sebelum ini. Sebelum perubahan terbaru itu, Acer Information Products Group adalah subgroup kepada Acer Inc.

Acer merupakan pembuat ketiga terbesar PC di dunia, kelima terbesar pembuat komputer bergerak, dan jemana PC ketujuh terbesar, menawarkan pelayan multi pengguna, PC multimedia, notebook, periferal dan komponen komputer dan semikonduktor. Acer mempunyai lebih 23,000 kekitangan dan 120 syarikat di 44 negara. Pendapatan Acer Group pada 1997 ialah AS$6.5 bilion. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.