VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 01/08/1998

Tentera wanita terbunuh semasa latihan payung terjun


ALLAHYARHAM AWANIS.


MELAKA 31 Julai - Dua anggota tentera termasuk seorang wanita yang pernah menerima anugerah 'sayap berdarah' awal tahun ini terkorban ketika mengadakan latihan penerjunan bebas di Kem Terendak, Masjid Tanah di sini hari ini.

Mereka ialah jurulatih payung terjun, Sarjan Ali Ahmad, 35, dari kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pranita Awanis Othman, 21, dari Markas 10 Briged Para (Bahagian Gaji Belanjawan) Kem Terendak.

Kedua-duanya mati di tempat kejadian apabila payung terjun mereka dikatakan tidak berfungsi ketika terjun dari pesawat Nuri yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 6,000 meter dari permukaan bumi.

Anggota-anggota tentera yang menyaksikan kejadian itu memberitahu, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa kedua-dua anggota terbabit bersama kira- kira 20 orang tentera lain sedang mengadakan sesi latihan penerjunan bebas.

Ali yang bertindak sebagai jurulatih dalam latihan itu dipercayai cuba membantu Awanis di udara apabila payung terjun pranita itu dikatakan gagal dikembangkan.

''Payung terjun Ali juga dikatakan hanya dapat dikembangkan ketika hampir sampai ke tanah sebelum kedua-duanya jatuh di atas jalan raya di kawasan kem berkenaan,'' katanya.

Beliau berasal dari Kampung Bahagia, Batu Pahat.

Awanis yang berasal dari Kuala Nerang, Terengganu, bersama dua anggota pranita lain pernah menerima 'sayap berdarah' pada awal tahun ini setelah berjaya melakukan penerjunan bebas dari ketinggian 3,000 meter.

Dua lagi anggota yang menerima sayap itu ialah Lans Koperal Thalasiah Yaacob dan Dina a/k Sebam.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan payung terjun wanita pertama dari Pasukan Aturgerak Cepat (PAC), 10 Briged Para berpangkalan di kem itu.

Mayat kedua-dua mangsa itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kem Terendak sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zaini Mohd. Said ketika ditemui di hospital berkata, nahas itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan latihan biasa bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang penerjunan.

''Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berdasarkan laporan awal, semua peraturan telah dipatuhi oleh kedua-dua penerjun itu,'' katanya.

Malah, katanya, Ali merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman.

Beliau berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kenapa kedua-dua anggota mengalami masalah yang sama, iaitu payung terjun tidak terbuka sehingga menyebabkan mereka jatuh bersama.

Selain itu, katanya, alat pembuka automatik payung terjun mereka juga tidak dapat berfungsi.

''Berdasarkan pengalaman saya sebagai anggota payung terjun, kedua-dua mereka mungkin menghadapi keadaan luar kawalan,'' katanya.

Beliau bagaimanapun amat sedih dengan kejadian yang menimpa kedua-dua anggota tentera berkenaan terutama kepada Awanis yang merupakan anggota pranita yang amat berminat menjadi ahli payung terjun.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.