VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 23/07/1998

Kemahiran karate penting bagi anggota polis


CEKAP... dua anggota Kelab Karate Unit 6, FRU, mempamerkan kecekapan seni karate.


Dengan kata lain, tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin mencabar.

Sehubungan itu, semua peringkat anggota dalam PDRM, perlu sentiasa bersiap sedia bertugas tanpa mengira waktu kerana semasa aman, perlakuan jenayah tetap ada dan polislah yang pertama akan tiba di tempat kejadian.

Jadi bagi memastikan keadaan terkawal, PDRM sentiasa melakukan pelbagai latihan untuk memastikan diri setiap anggotanya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Selain mahir menggunakan senjata api, kebolehan dalam seni mempertahankan diri juga penting bagi anggota polis ketika menjalankan tugas.

Unit Nombor 6, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Kuala Terengganu juga tidak ketinggalan dan sebagai arahan daripada pihak pengurusan, telah menubuhkan kelab mempertahankan diri aliran karate.

Pengelola karate unit berkenaan, Ketua Inspektor Zuhairi Mohamed berkata, pasukan karate unit ini telah ditubuhkan sejak setahun lalu dan sehingga kini hampir 200 anggota termasuk pegawai telah dilatih.

Katanya, ia sebagai satu persediaan kepada anggota polis ketika negara dalam keadaan aman dan keperluan bagi menghadapi situasi ketika berlakunya rusuhan atau sebagainya.

''Latihan ini juga dapat membentuk kecerdasan dari segi mental dan fizikal serta ilmu mempertahankan diri di kalangan pegawai dan anggota pasukan,'' katanya.

Baru-baru ini, pasukan tersebut mengadakan upacara penutup latihan kemahiran diri dan penyampaian sijil karate, yang membabitkan 115 pegawai dan anggota. Kesemua mereka yang terbabit itu telah menjalani latihan selama lima minggu.

Majlis berkenaan diadakan di padang Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKP II) Jamlus Sihat.

Tiga jurulatih iaitu Mohd. Nor Zakaria, Chepto Sumardi dan Wan Amiruddin, adalah orang yang terlibat melatih mereka sehingga mahir dengan karate.

Dalam ucapan perasmian, Jamlus meminta semua balai polis di seluruh negeri mencontohi langkah yang dibuat oleh unit berkenaan dengan menubuhkan kelab karate masing-masing.

Dengan cara ini katanya, anggota pasukan dapat memenuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

''Masa lapang yang selama ini berlalu begitu saja akan dapat diisi dengan mengadakan latihan seni mempertahankan diri,'' ujarnya.

Beliau juga berharap aktiviti ini akan dikembangkan lagi dengan pembabitan semua ahli keluarga pasukan polis. Sementara itu, Zuhairi pula berkata, pihaknya akan membantu kepada mana-mana balai polis yang ingin menubuhkan pasukan karate masing-masing. Jelas beliau, antara bantuan yang dapat disediakan ialah tenaga jurulatih serta nasihat bagi memulakan penubuhan kelab di balai daerah masing-masing.

Kemahiran ini tentunya satu bidang yang boleh dimanfaatkan oleh para anggota polis ketika menjalankan tugas apabila bertemu penjenayah yang juga mahir dengan seni mempertahankan diri itu.

Beberapa anggota yang ditemui melahirkan rasa lebih berkeyakinan apabila mahir dengan seni mempertahankan diri kerana seni itu juga penting apabila keadaan terdesak.

Bagi mereka, latihan kemahiran penting kerana kita tidak boleh mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan.

Oleh: IBRAHIM NAJID AZIZ

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.