VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/06/1998

Kadar baru tambang teksi, bas ke KLIA

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan hari ini mengumumkan kadar baru tambang bagi perkhidmatan teksi murah dan bas separa mewah membabitkan perjalanan dua hala dari ibu kota ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengurangan tambang perkhidmatan teksi murah dan bas separa mewah bagi perjalanan dua hala ialah antara RM1 hingga RM5.

Menurut Mustapa, kadar tambang bagi perkhidmatan bas separa mewah dari Hentian Duta, Kuala Lumpur ke KLIA dikurangkan kepada RM16 berbanding RM18.

Bagaimanapun, katanya, kadar tambang yang diluluskan oleh kabinet pada 3 Jun lalu membabitkan perkhidmatan bas mewah, komuter, teksi premier dan teksi biasa dikekalkan.

Beliau berkata, kadar tambang perkhidmatan teksi murah perjalanan dua hala kini ialah RM93 berbanding RM98 yang diluluskan sebelum ini.

Tambang perjalanan KLIA ke Kuala Lumpur pula ialah RM63 (tambang lama RM65) manakala Kuala Lumpur ke KLIA RM54 (tambang lama RM55).

''Pengurangan kadar tambang itu yang dibuat berikutan arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap berpatutan,'' kata Mustapa dalam kenyataannya.

Beliau menjelaskan, pengurangan kadar tambang itu mengambil kira beberapa faktor antaranya jarak antara Kuala Lumpur dan KLIA ialah 70 kilometer iaitu tiga kali ganda lebih jauh berbanding Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Jarak Kuala Lumpur ke LTSAAS ialah 25 kilometer.

Katanya, kadar tambang teksi bagi setiap kilometer antara ibu kota ke KLIA bagi teksi murah ialah RM0.90 sebaliknya kadar semasa bagi perjalanan dari LTSAAS ke Kuala Lumpur menaiki limousin ialah RM1.14 setiap kilometer.

Mustapa menambah, mutu perkhidmatan yang disediakan di KLIA juga dijamin lebih baik berbanding dengan perkhidmatan teksi dan bas di Subang. Semua bas yang digunakan adalah bas baru.

Beliau berkata, perkhidmatan bas dua hala dari Hentian Duta ke KLIA lebih kerap iaitu setiap 15 minit bagi bas mewah, 30 minit bas separa mewah dan 60 minit bas henti-henti yang bermula dari pukul lima pagi hingga 11 malam.

Pengurangan kadar tambang yang diumumkan hari ini turut mengambil kira kos operasi syarikat-syarikat pengusaha perkhidmatan bas dan teksi yang meningkat berikutan kenaikan kadar faedah, katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.