VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 21/05/1998

PLKKL lahirkan pegawai pengurusan udara


BEGINILAH keadaan dalam bilik perancangan pertahanan udara yang sebenar apabila berlaku peperangan dan pensimulasi seumpama ini melengkapi PLKKL di Kuantan, Pahang.


Malaysia, contohnya, tidak ketinggalan membeli pesawat-pesawat pejuang baru seperti MiG-29, F-18D dan Hawk disamping dilengkapi dengan radar jenis Martello bagi memantapkan pertahanan udara.

Lantaran itu pengurusan ruang udara menjadi semakin canggih dan memerlukan kepakaran yang tinggi bagi mengendalikan pesawat pejuang serta radar berteknologi terkini.

Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh Pusat Latihan Kawal, Komuni-kasi dan Lapor (PLKKL) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, Pahang, bagi melahirkan anggota TUDM yang pakar dalam pengurusan ruang udara.

Komandan PLKKL, Leftenan Kolonel Abdul Jalil Mohamed, berkata bagi merealisasikan matlamat itu, pusat ini bukan sahaja memberi penekanan kepada latihan dan pembelajaran tetapi penumpuan bagi membentuk sikap positif kalangan pelatih.

''Misi PLKKL adalah untuk melahir dan melengkapkan anggota TUDM yang pakar dalam bidang pengurusan ruang udara (angkasa), bomba, komunikasi, perisian dan kejuruteraan radar menerusi latihan-latihan asas serta lanjutan,'' katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan, baru-baru ini.

Sejak awal penubuhan TUDM hingga tahun 1980, kesemua pengawal trafik udara, pengawal pertahanan udara dan pegawai bomba yang bertanggungjawab tentang pengurusan udara mendapat latihan di luar negara.

Pegawai-pegawai TUDM tersebut telah dihantar berkursus ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Memandangkan keperluan berikutan perkembangan semasa, Sekolah Kawalan Trafik Udara (ATC) dan Bomba ditubuhkan di Pangkalan TUDM Kuantan manakala Sekolah Pertahanan Udara (ADC) pula menyusuli di Pusat Pertahanan Udara Jugra, Selangor.

Bagaimanapun pada tahun 1994, ADC telah dipindahkan ke Kuantan serta digabungkan dengan ATC dan sekolah bomba sebelum dipertanggungjawabkan melatih anggota TUDM dalam bidang komunikasi darat ke darat dan darat ke udara.

Bagi memenuhi keperluan pengurusan ruang angkasa, sebuah lagi sekolah iaitu sekolah komunikasi telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan diikuti sebuah sekolah perisian bagi melatih pengaturcara perisian yang digunakan dalam sistem pertahanan udara.

Akhirnya keenam-enam sekolah itu telah digabungkan menjadi Pusat Latihan Kawal, Komunikasi dan Lapor (PLKKL) di Pangkalan TUDM, Kuantan.

Abd. Jalil berkata, pada masa ini 197 pelatih sedang mengikuti 19 kursus asas dan lanjutan di pusat berkenaan.

Antara kursus di sekolah ATC tersebut jelasnya, ialah kursus asas ATC, lanjutan ATC, Radar Pengawasan Tentera (MAR) dan asas pembantu ATC dijalankan.

Sekolah ADC pula menjalankan kursus asas dan Lanjutan Pengawal Pesawat Pejuang (FC), Pegawai Tugasan Persenjataan (WAO), penyelia rendah pertahanan udara, penyelia kanan pertahanan udara dan pengurusan pertahanan udara.

Menurut Abd. Jalil, sekolah ATC mempunyai kemudahan peralatan pensimulasi jenis 'Aerodrome and Surface Movement Control', pensimulasi 'Approach Control - Surveillance and Precision Radar' dan pensimulasi 'Area Radar'.

Sekolah ADC pula dilengkapi dengan pensimulasi untuk pengajian pertahanan udara, manakala sekolah bomba mempunyai dewan radas pernafasan dan beberapa buah kereta bomba serta model pesawat pejuang dan pengangkut.

Sekolah bomba, katanya, dirancang untuk menjalankan 11 kursus kebombaan dalam setahun kepada anggota-anggota TUDM di samping kursus khas kepada pelatih-pelatih anggota tentera luar negara.

''Sebanyak tiga kursus pula dianjurkan oleh sekolah perisian bagi mereka yang terlibat dalam pembangunan dan senggaraan perisian radar pertahanan udara TUDM,'' ujar Abd. Jalil.

Bagi penyelenggaraan peralatan komunikasi dan bantuan radar dan komputer pula, kata beliau, sebanyak 10 kursus dijalankan oleh sekolah sistem.

Sekolah komunikasi pula menjalankan kursus-kursus komunikasi untuk anggota-anggota TUDM yang terlibat dalam pengurusan ruang angkasa.

''Sejak penubuhannya, pusat latihan ini berjaya melahir dan melengkapkan sejumlah pengawal trafik udara dan pengawal pertahanan udara serta pegawai bomba yang bertaraf antarabangsa.

''Hampir kesemua pengawal trafik udara dan pegawai bomba yang bertugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kampuchea dan Somalia beberapa tahun lalu adalah produk PLKKL,'' tegas Abd. Jalil.

Oleh: BORHAN ABU SAMAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.