VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 17/05/1998

Kemeriahan dalam majlis perkahwinan Ziana dan Armin


TERJALIN... hubungan cinta Ziana dan Armin selama tujuh tahun berakhir dengan perkahwinan.


ZIANA Zain bukan puteri raja, jauh sekali Lady Diana. Begitu juga suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri bukan anak raja jauh lagi seorang jutawan, tetapi apakah yang menyebabkan perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai hinggakan TV3 membuat siaran langsung tentang perkahwinan mereka. Apa istimewanya Ziana Zain?

Tidak ada siapa yang boleh menjawab dengan tepat selain daripada para peminat Ziana sendiri. Adakah mereka datang untuk melihat Ziana dan majlis perkahwinannya ataupun siapakah jejaka yang menjadi pilihan Ziana. Mereka sanggup datang dari jauh dan bersusah payah untuk menyaksikan sendiri majlis tersebut.

Peminat mula membanjiri rumah keluarga Ziana di Shah Alam sejak petang majlis akad nikah lagi malam minggu 9 Mei lalu. Dianggarkan lebih 2,000 orang datang menyaksikan majlis itu. Walaupun mereka hampa tidak dapat melihat dari dekat akad nikah Ziana, tetapi mereka tetap berpuas hati kemudiannya apabila pengantin keluar untuk majlis berinai di pelamin yang terletak di luar rumah.

Esoknya dalam majlis persandingan sudah pastilah lebih ramai peminat datang walaupun terpaksa berjalan kaki jauh dan cuma berkesempatan melihat pelamin, bunga telur khas dalam pahar tinggi yang diletakkan di luar khemah. Namun mereka berpuas hati.

Kehadiran para peminat yang bertali arus hingga pada ketikanya melebihi 9,000 orang benar-benar mengejutkan penduduk Shah Alam sendiri yang turut menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana jumlah kereta yang banyak diletakkan di kiri kanan jalan menuju ke rumah Ziana di Seksyen 19.

Lebih mengejutkan lagi kehadiran peminat yang ramai ini bagaikan hendak menyaksikan pertandingan bola ataupun konsert KRU Mega Tour, hingga sukar untuk dikawal apatah lagi untuk diberikan layanan.

Kerana kehadiran tetamu yang ramai inilah juga maka tidak hairanlah bapa Ziana pengsan sebaik sahaja kedua-dua pengantin melalui majlis menepung tawar, kerana peminat berebut-rebut untuk menyaksikan dari dekat.

Meskipun tuan rumah dan saudara mara terdekat terkejut dengan jumlah tetamu yang hadir, tetapi itu tidak bermakna Ziana dan keluarganya kurang senang dengan kehadiran mereka.

Sebaliknya, ucapan terima kasih sahaja yang dapat diluahkan oleh keluarga Zain kerana kesudian para tetamu berasak-asak untuk menyaksikan persandingan yang dianggap paling bersejarah dalam dunia seni dekad ini.

Sebelum majlis persandingan Ziana dan Armin berlangsung pada 10 Mei lalu, terdetik di hati bagaimana nanti suasana sebenar majlis persandingan yang dikatakan sebagai Wedding Of The Year ini, tentu lebih gamat lagi.

Memang tetap tetamu yang datang bukan mengharapkan sangat jamuan makan yang disediakan yang sudah pasti tidak mencukupi, tetapi memadailah dengan segelas air sekadar menghilangkan dahaga.

Kerana itu tidak hairanlah di belakang rumah Ziana terdapat tiga tangki besar berisi air disediakan oleh JBA kerana dari awal lagi telah menjangkakan kehadiran tetamu yang ramai itu. Walaupun ramai tetamu tidak dapat menyaksikan persandingan yang disediakan di dalam rumah, tetapi mereka berkesempatan merakamkan gambar persandingan Ziana yang disediakan di pelamin khas di luar.

Ziana dan Armin turut memberikan peluang kepada para peminatnya untuk merakamkan gambar-gambar persandingan mereka sebagai kenang-kenangan. Walaupun ada ketikanya menyukarkan para jurugambar dari media untuk menjalankan tugas.

Memandangkan peminat masih tidak berganjak membuatkan Ziana dan Armin terpaksa dibawa masuk ke dalam rumah dan majlis makan beradab hanya dilakukan di dalam rumah Ziana, meninggalkan meja khas pengantin yang telah disiapkan di luar.

Ziana agak bernasib baik kerana mempunyai ramai saudara- mara yang boleh menjaga dan mengiringi mereka sewaktu menghadapi lautan para peminat yang datang bertali arus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.