VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 07/05/1998

Pahang ditawarkan AS$1/2j untuk dapatkan Melnikov

PELABURAN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang sanggup membelanjakan kira-kira RM1.4 juta untuk mendapatkan pemain Rusia, Viatheslav Melnikov menjanjikan pulangan lumayan kepada persatuan itu, lapor YUSWANDI MAJID.

Ini berikutan, kesanggupan sebuah kelab di Eropah menawarkan AS$500,000 kepada PBNP untuk mendapatkan khidmat penyerang itu.

Bagaimanapun menurut Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pihaknya tidak berhasrat melepaskan pemain berasal dari Russia itu yang sehingga kini telah menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan tiga gol dalam Liga Perdana.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah menerima tawaran itu daripada kelab berkenaan melalui faksimili.

''PBNP tidak bercadang melepaskan Melnikov yang baru sahaja mewakili skuad Tok Gajah dan telah menunjukkan permainan yang bermutu selaku penyerang,'' katanya di Kuantan, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan persembahan yang mantap itu, adalah mustahil untuk PBNP melepaskan Melnikov pada masa ini.

Jamal berkata, selain itu juga Melnikov mempunyai kontrak selama tiga tahun dengan Pahang dalam perjanjian yang ditandatangani musim ini.

Melnikov setakat ini menjaringkan tiga gol daripada enam perlawanan dan meletakkannya antara penyerang berbisa dalam Liga Perdana.

Sebelum mewakili Pahang, pemain berusia 23 tahun itu pernah beraksi dengan kelab terkemuka Russia seperti ZSKA Moskow dan Torpedo Moskow serta kelab Turki Ankaragucu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.