VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 06/02/1998

Keadaan alam sekitar di Malaysia

Judul buku: State of The Environment in Malaysia

Penerbit: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Harga: RM80

BUKU ini memuatkan sebanyak 80 kertas kerja yang ditulis oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara mengenai isu-isu alam sekitar, khususnya di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kertas kerja berkenaan pernah dibentangkan di seminar ''Keadaan Alam Sekitar Malaysia'' anjuran CAP-Sahabat Alam Malaysia (SAM) di Pulau Pinang pada tahun 1996.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku setebal 515 halaman ini termasuk ekosistem dan sumber-sumber asli, penilaian semula beberapa isu penting berkaitan alam sekitar dan pembangunan, kegiatan-kegiatan yang memberi impak terhadap alam sekitar dan masyarakat, penyusunan institusi dan isu-isu politik serta visi alternatif.

Disedari atau tidak, dunia pada ketika ini sedang menghadapi banyak masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan tanah, pembuangan bahan-bahan toksid, perubahan iklim, penipisan ozon, kepupusan kepelbagaian biologi dan hidupan liar dan kekurangan sumber-sumber asli.

Jika masalah-masalah ini tidak ditangani segera, kita dan generasi masa depan akan menghadapi masalah yang berat untuk meneruskan survival.

Buku ini penting untuk dijadikan rujukan oleh para penyelidik, pelajar, perancang dasar dan mereka yang berminat untuk mengetahui keadaan alam sekitar masa kini. - BAHARIN RAMLY.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.