VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 03/02/1998

Rosnah kembali menggilap lakonan


ROSNAH JOHARI


Setelah tujuh tahun sepi dalam dunia lakonan, pelakon Rosnah Johari merasakan dia seperti 'orang baru' yang perlu menggilap semula lakonannya.

Dia melihat pencapaian pelakon-pelakon baru pada ketika ini hebat belaka dan ini mendorong dia untuk menggilap skil lakonan yang pernah dipersembahkan dulu.

Menurut Rosnah, selama tempoh tersebut, dia tidak banyak terlibat dalam filem atau drama, menyebabkan dia seakan hilang skil yang telah wujud dalam dirinya sejak beberapa lama.

Bagaimanapun, setahun kebelakangan ini, dia kembali dalam dunia lakonan apabila menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan anak-anaknya. Sebelum ini, dia tinggal di Sarawak kerana mengikut suaminya bertugas di sana.

''Saya seperti 'orang baru' yang baru nak belajar. Mungkin kerana saya tidak aktif selama tujuh tahun, maka saya seperti pelakon baru yang tiada pengalaman.

''Tapi sejak setahun ini setelah saya kembali aktif, saya cuba memperbaiki kelemahan dan cuba membentuk diri menjadi seorang pelakon yang lebih baik,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rosnah yang diingati dengan drama Sayang Sarawak ini juga memberitahu, dia kembali aktif dalam bidang lakonan apabila mendapati minatnya selama ini tidak pernah luntur dalam dirinya.

Malah dia sentiasa mengambil tahu perkembangan dunia seni sekalipun tujuh tahun tidak melibatkan diri dalam lakonan.

''Saya fikir sudah kena waktunya kerana saya berada di Kuala Lumpur. Dulu di Sarawak, saya tidak banyak terlibat dalam lakonan. Kalau adapun, hanya di sekitar Sarawak,'' beritahu Rosnah yang berlakon dalam filem Hantu Siang.

Walaupun dia seperti orang baru dalam dunia ini, Rosnah tidak merasakan kedudukannya tergugat dengan kehadiran banyak lagi pelakon hebat yang lain kerana dia percaya setiap orang mempunyai cara lakonan yang berbeza.

''Saya tak pernah rasa tergugat walaupun saya baru kembali dalam dunia lakonan. Lagi pun setiap pengarah drama atau filem telah mempunyai pilihan masing-masing untuk membawakan mana-mana watak yang bersesuaian.

''Dalam kepala pengarah, mereka sudah ada pelakon yang sesuai dengan watak ini dan itu. Jadi, seseorang pelakon itu sudah ada watak masing-masing.

''Cuma yang pentingnya, sesudah mendapat tawaran itu, mereka perlulah membawakan watak itu sebaik mungkin agar kepercayaan pengarah ke atas pelakon akan berkekalan,'' jelas Rosnah yang baru selesai penggambaran telefilem terbarunya, Hak.

Sehingga saat ini, Rosnah tidak pernah mengidamkan mana-mana watak kerana dia mahu mencuba membawakan semua watak. Apa pun, sebagai seorang pelakon, dia tetap menyimpan hasrat memperolehi anugerah yang boleh menilai mutu lakonannnya.

Katanya, sejak kembali berlakon, dia terdengar kehebatan pengarah Shuhaimi Baba. Justeru itu, dia menyimpan hasrat untuk berlakon di bawah arahan Shuhaimi satu hari kelak.

''Sebelum ini, saya teringin berlakon di bawah arahan Rahim Razali. Hasrat itu telah tercapai walaupun tak sepenuhnya. Sekarang saya teringin mendapat pengalaman di bawah arahan Shuhaimi Baba pula,'' beritahunya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.