VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 01/02/1998

Punca AIDS tersebar


AIDS banyak berlaku di kalangan wanita yang memperdagangkan seks. - Gambar hiasan.


SINDROM AIDS, begitu menakutkan kerana virus HIV yang merosakkan sistem kekebalan tubuh menyebabkan mangsa akhirnya berhadapan dengan kematian.

Lebih malang lagi, hingga kini belum ada penawar yang boleh menyembuhkan sekiranya seseorang itu dijangkiti virus ini. Sejak kebelakangan ini statistik menunjukkan kes-kes HIV/AIDS begitu membimbangkan.

Meskipun penyebaran HIV/AIDS kini menjadi isu global, namun maklumat mengenainya masih belum dapat difahami sepenuhnya oleh masyarakat.

Menyedari hakikat itu, media berusaha meningkatkan pengetahuan dan maklumat kepada orang awam.

Sebaliknya, pendedahan secara tidak langsung ini telah menimbulkan isu kontroversi dan sensasi pada masyarakat hingga timbulnya mitos-mitos yang salah berhubung HIV/AIDS.

Sehubungan itu, Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerbitan Jogjakarta (LPY3Y) dan Lentera PKBI menganjurkan Bengkel Penulisan AIDS untuk para wartawan baru-baru ini.

Wartawan Mingguan Malaysia, Najibah Hassan mengupas persoalan dan senario HIV/AIDS yang melanda Indonesia setelah berada di daerah itu selama lima hari.

GAYA hidup pergaulan bebas yang menjadi budaya kebanyakan remaja di Barat kini telah menular di Indonesia.

Hasil kajian yang dijalankan di 10 bandar di Jawa Tengah mendapati, 2.1 peratus pelajar sekolah menengah yang berumur bawah 18 tahun pernah mengadakan hubungan seksual.

Pensyarah Universiti Sriwijaya, Palembang, Prof. Dr. Robert Siregar menjelaskan, kajian yang dijalankan di Jakarta dan kawasan sekitarnya mendapati 20 peratus remaja sekolah menengah telah mengamalkan seks bebas sebelum bernikah.

Sementara itu, kajian sosial yang dijalankan di Jogjakarta mendapati daripada 864 respondan, 26.3 peratus daripadanya telah melakukan hubungan seks sebelum nikah.

Beliau memberitahu, berdasarkan kes-kes yang dilaporkan di Jawa Tengah mendapati 60 peratus yang dihadapkan ke mahkamah merupakan remaja yang berumur di bawah 18 tahun.

''Manakala di Surabaya kebanyakan remaja yang terlibat dalam hubungan seks luar nikah berusia dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun,'' kata beliau dalam kertas kerjanya yang bertajuk AIDS dan Remaja/Usia Muda.

Beliau memberitahu, kelompok usia remaja atau generasi muda merupakan kelompok umur yang terbesar dijangkiti HIV/AIDS.

''Hampir 50 hingga 60 peratus penderita yang dijangkiti HIV/AIDS terdiri dari kelompok ini.

''Ini kerana, kelompok ini merupakan golongan yang aktif dari segi aspek seksual,'' jelas beliau.

Tambahnya lagi, 95 peratus penularan penyakit ini melalui hubungan seksual, bakinya pula kerana penggunaan jarum suntikan, pemindahan darah dan dari ibu yang hamil kepada bayi dalam kandungannya.

Dr. Robert memberitahu, hasil kajiannya mendapati 75 peratus kelompok umur ini mempunyai pengetahuan yang terlalu cetek mengenai jangkitan HIV/AIDS ini.

''Pengetahuan mereka mengenai punca, cara jangkitan dan pencegahan penyakit ini agak kabur kerana kurang mendalami mengenainya.''

Tambahnya lagi, risiko jangkitan ini meningkat kerana mereka amat mudah terpengaruh dengan budaya seks bebas dan bertukar-tukar pasangan.

Sehubungan itu, katanya kekurangan pengetahuan mengenai jangkitan HIV/AIDS ini ditingkatkan melalui program-program kesedaran seperti komunikasi, informasi dan pendidikan.

Dalam program pendidikan ini, ia meliputi pendidikan seks, moral dan etika pergaulan yang dihubungkaitkan dengan HIV/AIDS.

Jelasnya, kemiskinan iman dapat diatasi dengan pendidikan agama kerana peranan antara agama dan kesihatan mempunyai satu peranan yang cukup efektif.

''Agama dapat meningkatkan kemampuan untuk mengatasi penyakit yang dideritai serta mempercepatkan proses penyembuhan,'' jelasnya.

Agama kata beliau, dapat membantu mencegah penularan AIDS kerana ia mendidik insan supaya tidak melakukan hubungan seksual di luar nikah dan bertukar-tukar pasangan.

Keharmonian dalam keluarga juga, katanya amat penting dalam membentuk anak-anak remaja agar mereka tidak lari daripada rumah untuk mencari kasih sayang di luar.

''Dengan kasih sayang anak-anak dididik supaya mereka mengamalkan ajaran agama, menghindarkan diri dari larangan agama serta menjadi insan yang bertanggungjawab,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.