VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 23/01/1998

Koleksi lagu Ahmadi dan El Suraya

Selepas kejayaan menghasilkan beberapa siri album kompilasi artis-artis 70-an seperti Hail Amir, Uji Rashid, Rafeah Buang, D.J. Dave, Herman Tino, Zaleha Hamid dan ramai lagi, EMI menerbitkan dua lagi album artis 70-an yang popular.

Album tersebut iaitu kumpulan El Suraya dan penyanyi lagu-lagu nasyid Ahmadi Hassan. Turut diedarkan juga ialah sebuah album popular daripada A Ramlee yang berjudul Hancurnya Istana Cinta.

Album El Suraya dan Ahmadi Hassan dikeluarkan khas pada Januari ini sempena bulan Ramadan. Kedua-dua album ini telah dikeluarkan pada tahun 70-an di bawah label Iramanada Music Industri (IMI).

Kumpulan El Suraya, kumpulan nasyid yang popular di Indonesia telah mencipta nama di Malaysia menerusi lagu Selimut Putih dan Panggilan Kaabah. Populariti mereka ketika itu bukan hanya di Malaysia bahkan juga mencecah ke Arab Saudi dan Mesir.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini dipetik dari dua buah album terakhir sebelum mereka bersara. Di antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Panggilan Tuhan, Palestin, Bulan Puasa, Pemimpin Islam dan Pendusta.

Sementara itu, penyanyi Ahmadi Hassan pula yang dikenali di awal 70-an menerusi lagu-lagu berentak ala Hindustan selepas diperkenalkan oleh M Shariff.

Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 70-an Ahmadi Hassan beralih selera dengan merakamkan lagu-lagu yang berunsur nasyid. Bersama IMI, dia sempat merakamkan lebih daripada lima buah album termasuk sebuah album yang dirakamkan di Indonesia.

Album Godaan Dunia adalah sebuah album kompilasi lagu-lagu berunsur keagamaan yang terbaik yang pernah dirakamkan oleh Ahmadi Hassan.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Godaan Dunia, Hanya Pada Ilahi, Allahu Rabbi, Islam Agama Kemajuan, Syukurilah dan sebagainya.

Bagi album A Ramlee, Hancurlah Istana Cinta, adalah sebuah album istimewa yang memuatkan lagu-lagu Hancurnya Istana Cinta, Oh Fatimah (versi disko), Sudah Diinai Inaikan, Joget Jangan Di Kenang-Kenang, Nasib Panjang, Guru Cantik (Mus Mulyadi) dan banyak lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.