VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/01/1998

Gelagat Siti Nurhaliza semasa rakaman

''Tuit... tuit... tuit'' kata Siti Nurhaliza sambil menunjukkan tangan kepada krew rakaman rancangan konsert Sensasi Bersama Siti Nurhaliza apabila dia melakukan kesilapan.

Dia meminta rakaman rancangan khas tersebut diulang semula.

Gelagat Siti yang spontan itu membuatkan penonton yang turut diundang menyerikan rakaman rancangan khas hari raya di saluran Astro Ria itu riuh ketawa.

Rancangan itu akan ditayangkan pada hari raya kedua pada pukul 12 tengah malam.

Siti yang menyedari dia tersilap kerana terbawa-bawa isyarat yang menjadi amalan biasa di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang itu, tersipu-sipu kerana malu.

Itulah antara insiden yang biasa dilihat di belakang tabir rakaman sesebuah rancangan TV. Penonton yang menyaksikannya di TV tidak akan mengetahui apa-apa kesilapan yang berlaku semasa rakaman.

Para peminat Siti yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan dari dekat menjadikan rakaman tersebut kelihatan meriah. Nama Siti kerap kedengaran dilaungkan oleh peminat.

Walaupun ia sebuah rancangan rakaman, namun pihak penerbit membuatnya seolah-olah sebuah rakaman langsung. Rancangan tersebut mempunyai tiga segmen.

Segmen pertama menampilkan lagu-lagu tradisional. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Cindai, Joget Berhibur dan sebuah lagu bertema hari raya berjudul Sesuci Lebaran.

Untuk segmen tersebut Siti mengenakan pakaian tradisional Pahang. Siti juga tampil dengan lagu-lagu popularnya iaitu Bisikan Asmara, Aku Cinta Padamu dan sebuah lagu Inggeris, I Will Always Love You yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Siti juga tidak ketinggalan memberikan penghormatan kepada Allahyarham P. Ramlee apabila tampil menyanyikan lagu Jeritan Batinku, Bunyi Gitar, Jangan Tinggal Daku dan Putus Sudah Kasih Sayang.

Sepanjang persembahan rancangan yang mengambil masa satu jam tayangan itu, Siti diiringi oleh lima pemuzik yang dipimpin oleh Suhaimi Mohd Zain dan empat penyanyi latar.

Mengenai rekaan set pentas pula, ia hanya dibuat secara ringkas. Huruf S, I, T dan I yang besar dijadikan latar belakang pentas. Teknik lampu membantu menceriakan suasana. Lima kamera digunakan untuk mendapat sudut kamera yang baik.

Tiga kamera di hadapan pentas dan dua lagi di belakang penonton untuk menampakkan penonton menyaksikan konsert mini tersebut.

Rakaman rancangan tersebut diadakan di studio APT, Jalan Liku, Bangsar. Ia juga disunting terus semasa rakaman, sebagaimana penerbitan sesebuah rancangan secara langsung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.