VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 01/01/1998

Keajaiban dan keaiban sepanjang tahun 1997

SEPAHIT manapun kenangan sepanjang 1997 dan sekuat manapun azam untuk melupakan kepahitan itu, yang nyata persada sukan tanah air sepanjang tahun lalu menyimpan banyak hikmahnya, laporan REDY JEFFRY MOHAMAD RAMLI.

Beberapa jenis sukan mencatat kejayaan dan tidak kurang juga yang gagal meraih apa-apa kejayaan melainkan keaiban.

Bagi yang berjaya, azam untuk terus mencatat kejayaan semakin kuat. Namun bagi yang gagal, azam memperbaiki segala kesilapan menjadi agenda utama.

Yang lebih penting, 1998 menjanjikan persaingan yang lebih mencabar selain tumpuan utama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

Malaysia turut memasuki era baru dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Sukan (APS), yang bakal menyaksikan persatuan-persatuan sukan tidak lagi 'bebas'.

Pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Bakri Shabdin sebagai Pesuruhjaya Sukan yang pertama diharapkan membawa perubahan baru dalam pentadbiran sukan di negara ini.

Bagi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlaksanaan beberapa perkara baru sepanjang 1998 ini nanti bakal memberi faedah kepada persatuan-persatuan sukan tanah air.

''MOM menganggap 1998 adalah kemuncak sukan negara dengan melihat Kuala Lumpur '98 dan Sukan Asia sebagai sasaran utama atlet negara,'' kata Setiausaha MOM, Sieh Kok Chi.

Beliau berharap persatuan sukan akan terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta membaiki hubungan dengan Rakan Sukan bagi melaksanakan program pembangunan dengan lebih berkesan.

Sieh berharap APS akan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan sukan tanah air secara keseluruhan.

Mengenai pencapaian sukan negara sepanjang 1997, Sieh berkata, tahun lalu boleh dianggap tahun yang berjaya bagi sukan negara berbanding 1996.

Ini berdasarkan pencapaian yang membanggakan pada Sukan SEA di Jakarta serta pencapaian cemerlang atlet skuasy, olahraga dan boling.

''Kejayaan ini adalah hasil program pembangunan sukan Kuala Lumpur '98 yang sudah memberi menampakkan kesannya kepada negara.

''1998 pula adalah tahun kemuncak sukan negara dan selepas itu kita perlu bersedia dengan satu program pembangunan yang lebih mantap bagi menghadapi alaf baru,'' ujarnya lagi.

Bagi Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Saidin Thamby, prestasi buruk sukan sepak takraw tahun lalu menguatkan azamnya untuk menaikkan martabat sukan itu menghadapi 1998.

''Selaku presiden, saya berazam mahu memajukan sepak takraw ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.

''Malah saya mahu skuad sepak takraw negara mencipta sejarah memenangi pingat emas ketiga berturut-turut pada Sukan Asia di Bangkok nanti,'' katanya.

Pada Sukan Asia di Beijing dan Hiroshima, Malaysia memenangi pingat emas dan menurut Saidin, temasya di Bangkok adalah sasaran PSM tahun 1998.

Menurut Saidin, prestasi sepak takraw sepanjang 1997 begitu teruk walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

''Kita telah adakan kejohanan grand prix sebanyak empat kali tahun lalu dengan setiap satu kejohanan memakan belanja RM600,000.

''Malangnya, tidak banyak perubahan yang dicapai untuk menaikkan permainan tersebut,'' ujar Saidin.

Pencapaian paling buruk ialah kegagalan pada Sukan SEA di Jakarta, apabila Malaysia sekadar memenangi dua pingat perak setelah tewas mudah kepada Thailand.

Jika misi meningkatkan martabat menjadi agenda sepak takraw, sukan gimnastik pula ingin terus cemerlang terutama pada Sukan Komanwel ke-16, Kuala Lumpur'98.

Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya berazam untuk terus berjuang mencipta kecemerlangan dan kemenangan untuk negara.

''Sasaran kita ialah Kuala Lumpur'98 iaitu menempatkan Malaysia dalam kedudukan enam pasukan terbaik keseluruhan dan antara empat yang terbaik dalam acara gimrama,'' katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun negara-negara yang bertanding pada temasya itu kelak bukan calang-calang pasukan, Dr. Zakaria tetap yakin gimnas negara berupaya mencipta kejayaan berdasarkan kedudukan dan pencapaian sekarang.

''Berdasarkan persembahan gimnas negara kebelakangan ini, kita yakin Malaysia boleh meraih pingat pada Kuala Lumpur '98, cuma kita belum pasti mengenai 'warnanya,'' katanya.

Beliau merumuskan bahawa pencapaian sukan gimnastik sepanjang 1997 menunjukkan peningkatan yang ketara kerana kerjasama yang erat antara persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN).

''Kerjasama ini telah memudahkan kami sebagai persatuan mewujudkan satu sistem yang berjaya melahirkan gimnas yang berpotensi.

''Kejayaan 1997 bukan sahaja memuaskan malah satu bukti kehebatan semua pihak, baik gimnas mahupun jurulatih,'' tambah beliau lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.