KUALA LUMPUR - Prestasi hambar yang sering diperkatakan dan kedudukan yang tidak pasti dalam skuad Piala Thomas, meletakkan beregu No. 2 negara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif di bawah tekanan hebat.
KUALA LUMPUR - Seperti tidak percaya, tetapi tetap terharu bercampur bangga kerana Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) masih menghargai khidmat dan kudrat tonggak lama seperti mereka.
KUALA LUMPUR – Tidak seperti kelmarin, hari keempat Grand Prix Asia Pertama, semalam memberi kelebihan kepada memanah negara apabila mendominasi acara recurve dan compound individu serta berpasukan lelaki dan wanita.
KUALA LUMPUR - Johor FC dan Pahang, masing-masing melonjak ke tangga keempat dan kelima Liga Super apabila memenangi perlawanan semalam.
KUALA LUMPUR – Tidak mahu perkara yang remeh-temeh mengganggu pemain pasukan Harimau Muda A sepanjang berada di Slovakia nanti, seorang penceramah dari Institut Sukan Negara (ISN) akan memberi taklimat kepada pemain sebelum berangkat ke negara Eropah Tengah itu.
dayne.ghazali@utusan.com.my">
KUALA LUMPUR - Skuad futsal kebangsaan menyasarkan kedudukan tiga teratas pada pusingan kelayakan Asean, dari 20 hingga 25 Februari ini di Jakarta.
KUALA LUMPUR - Tahun ini merupakan tahun yang sukar buat pelumba Cub Prix wanita, Farah Melina Ismadi, yang bukan sahaja akan terus bersaing dalam perlumbaan tersebut tetapi akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
KUALA LUMPUR - Skuad ragbi kebangsaan perlu menunggu "lampu hijau" daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), sebelum dapat beraksi pada Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
KUALA LUMPUR - Lima atlet pelapis kebangsaan dari tiga jenis sukan, akan dinaik taraf ke skuad elit bagi menyertai Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung hujung tahun ini.