PORT-AU-PRINCE 9 Feb. - Seorang lelaki berjaya diselamatkan dari celah runtuhan sebuah pasar di ibu negara Haiti ini semalam, empat minggu selepas dia didapati hilang dalam bencana gempa bumi yang melanda negara pulau di Laut Caribbean ini.
EVERETT, Washington 9 Feb. – Pesawat kargo gergasi Boeing Corporation model 747-8 yang juga merupakan pesawat terbesar pernah dibina oleh syarikat tersebut membuat penerbangan sulungnya semalam, setahun lewat berbanding perancangan asal.
MANILA 9 Feb. - Kempen pilihan raya Filipina bermula hari ini dengan memaparkan pelbagai watak yang ingin merebut kuasa, antaranya peninju terbaik di dunia, Manny Pacquiao dan balu mendiang bekas Presiden Ferdinand Marcos, Imelda.
WASHINGTON 9 Feb. - Pantai timur Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan ribut salji semalam selepas catatan penurunan salji menyebabkan ribuan penduduk mengalami kesejukan dalam keadaan gelap tanpa tenaga elektrik, melumpuhkan sistem pengangkutan termasuk memaksa penutupan operasi kerajaan persekutuan.
COLOMBO 9 Feb. – Bekas ketua tentera yang tewas dalam pilihan raya Presiden Sri Lanka baru-baru ini, Sarath Fonseka akan dihadapkan ke mahkamah tentera.
LOS ANGELES 9 Feb. – Doktor Michael Jackson semalam mengaku tidak bersalah kerana tanpa niat menyebabkan kematian bintang pop tersebut dalam sesi sebutan kes yang telah menghiasi sebuah lagi drama di bilik mahkamah membabitkan selebriti sensasi itu.
LONDON 9 Feb. – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair berang dengan tindakan mencari ‘skandal’ dan ‘konspirasi’ atas keputusan kontroversi beliau untuk menyokong penaklukan Iraq pada 2003 yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).
WASHINGTON 9 Feb. - Musim salji yang melanda negeri ini menyebabkan kadar tambang teksi bagi perjalanan dari kawasan itu ke lapangan terbang yang biasanya bernilai AS$20 (RM68.6) kini melonjak lima kali ganda menjadi AS$100 (RM343).
JAKARTA 9 Feb. – Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menganggap bekas Gabenor Bank Indonesia yang kini Naib Presiden negara ini, Boediono adalah individu paling bertanggungjawab terhadap tindakan kontroversi menyelamatkan Bank Century pada tahun 2008.
BEIJING 9 Feb. - Sebuah mahkamah China semalam menghukum seorang aktivis yang telah menyiasat kematian ribuan murid sekolah dalam kejadian gempa bumi kuat pada 2008 dipenjara lima tahun kerana mencetuskan elemen subversif terhadap kuasa kerajaan, kata peguam lelaki berkenaan di sini hari ini.
SYDNEY 9 Feb. - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkata, menantunya yang berketurunan Cina membuatkannya bimbang dengan cerita-cerita mengenai perkauman, namun dia percaya Australia adalah negara yang toleran walaupun berlakunya keganasan ke atas rakyat berketurunan Asia baru-baru ini.
BEIJING 9 Feb. - China menyiapkan pembinaan beberapa rumah api dan batu tanda di pulau-pulau dan terumbu karang berhampiran pantainya bagi menggariskan kawasan perairannya di Laut China Timur.