NAMA penuh: Yusrizan Usop Tarikh lahir: 30 Julai 1981 Umur: 28 tahun Nama pentas: Bob Asal: Limbang, Sarawak
3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
6 J an . - Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan pelbagai pihak memutuskan tidak melaksanakan cadangan itu.
17 Jan. - Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut.
SEPERTI mana tahun-tahun sebelum ini, 2009 tidak kurang dengan berita berkaitan tragedi, nahas dan jenayah yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
25 Mac - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan jawatan pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-59.
TAHUN 2009 menyaksikan pelbagai peristiwa, tragedi dan rentetan berlaku di seluruh dunia. Antara yang paling menarik perhatian ialah pelantikan bersejarah Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam pertama negara kuasa besar dunia itu.
1 Jan. - Proton Holdings Bhd. (Proton) melantik Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, 54 sebagai Pengerusi barunya menggantikan Datuk Mohd. Azlan Hashim berkuatkuasa 1 Januari.
DUNIA hiburan tempatan terus diwarnai kisah-kisah manis dan pahit serta hangat antaranya kisah perkahwinan dan penceraian golongan selebriti.
20 Jan. - Aktor popular, Norman Hakim dan pelakon muda, Memey Suhaiza masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkhalwat di sebuah pejabat di Taman Ukay Perdana dekat sini pada 30 Oktober 2008.
23 Mei. - Presiden Korea Selatan ke-16, Roh Moo-hyun, 62, yang dikaitkan dalam skandal rasuah beratus juta dollar dijumpai mati di sebuah jurang ketika sedang melakukan aktiviti memanjat gunung di kampungnya di Bongha.
25 Jan. - Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi kerana komplikasi penyakit kanser paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
1 Feb. - Bekas jurulatih skuad negara, B. Sathianathan dipecat dan digantikan oleh K. Rajagobal pada 11 April. Malah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut memecat legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun daripada badan induk tersebut.
13 Mac - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal dumumkan sebagai pelajar terbaik negara selepas memperoleh keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).