Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) mengharapkan tuah sambutan tahun harimau yang turut menjadi logo identitinya, membolehkan bank komersial itu mencatatkan prestasi jauh lebih baik bagi tahun kewangan semasa berakhir pada 30 Jun ini.

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Tanda tanya terhadap spekulasi kepulangan Jamelah Jamaluddin ke Kuwait Finance House (KFH) akhirnya terjawab apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kuwait Finance House (M) Bhd. (KFH Malaysia).

PETALING JAYA 9 Feb. - Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian, telah menyasarkan kadar pulangan dalaman (IRR) antara 12 sehingga 20 peratus setahun bagi setiap pelaburan.

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Public Investment Bank berhasrat menguruskan enam tawaran awam awal (IPO) tahun ini dan daripada jumlah itu, tiga adalah IPO syarikat dari China, kata Ketua Kewangan dan Khidmat Nasihat Korporat, Phang Siew Loong.

SHAH ALAM 9 Feb. - Kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal berubah wajah menjadi bandar kosmopolitan di bawah pelaksanaan projek mega Datum Jelatek yang bakal siap dua tahun lagi.


KUALA LUMPUR 9 Feb. - Dr. Salmiah Ahmad mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM).

PUTRAJAYA 9 Feb. - Telekom Smart School Sdn. Bhd. (TSS) dan Zeal Hi Tech Sdn. Bhd. telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan penyedia penyelesaian e-pembelajaran Korea Selatan, Dunet Inc, bagi televisyen protokol Internet (IPTV).

PULAU PINANG 9 Feb. - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dilantik sebagai pengendali kerja-kerja pengurusan bagi Sriwijaya Air (SA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas , di sini bermula bulan ini.

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) menjangkakan perolehan bahagian hartanahnya melebihi 50 peratus tahun depan memandangkan projek pembangunan KL Sentral semakin memperoleh momentum.

PETALING JAYA 9 Feb. – Setelah hampir dua tahun beroperasi, Packet One Network (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) menyasarkan untuk mengeluarkan netbook pertamanya pada separuh kedua tahun ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN

 

Kolumnis

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

IKLAN@UTUSAN