VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/11/2009

Panggung wayang tinggal kenangan


Kedai perabot ini mengambil alih fungsi bangunan yang dulunya merupakan pawagam Rex. – utusan / HANAFI KHAMIS


IPOH 22 Nov. – Minum air berkarbonat (soda) dan mengunyah kuaci ketika menonton wayang pada era 50-an dan 60-an pasti masih segar di ingatan sesetengah individu.

Menonton filem ‘pecah panggung’ pada zaman tersebut seperti Saturday Night Fever, King Kong dan siri pengintip James Bonds menjadi antara kenangan terindah pada masa itu.

Walaupun panggung wayang (pawagam) ketika itu tidak secanggih sekarang, namun sambutan daripada penonton sangat menggalakkan.

Barisan pawagam seperti Cathay, Rex, Lido, Ruby, Capitol, Odeon, Grand, Eastern, Majestic, dan Hoover penuh dengan penonton setiap kali ada tayangan filem baru.


gedung perabot mengisi kekosongan di bangunan pawagam Majestic.


Ketika zaman kegemilangannya, pawagam tradisional itu penuh sesak dengan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket filem-filem terkenal.

Walaupun hanya duduk di kerusi kulit lusuh dengan bauan pawagam lama, tetapi keadaan pada masa itu tetap meriah dan dipenuhi dengan peminat-peminat filem.

Bagi mereka yang meminati filem Melayu, panggung Odeon akan menjadi pilihan sementara peminat filem Inggeris akan memenuhi panggung Lido atau Cathay.

Panggung Rex dan Majestic pula akan menayangkan filem-filem Cina manakala panggung Grand untuk peminat filem Tamil dan Hindi.

Itu senario yang dapat dilihat pada zaman kegemilangan bandar Ipoh setelah Perang Dunia Kedua dengan pawagam-pawagam lama tersebut membina nama dan gah.

Segalanya sudah berubah kini ekoran pembangunan dan perancangan bandar.

Walaupun bangunan pawagam-pawagam lama tersebut masih wujud, hanya papan tanda yang kelihatan dan ada di antara pawagam ini terbiar kosong dan dipenuhi lalang.

Ada juga yang telah diubah suai oleh pemilik-pemilik baru dan dijadikan kedai berkonsep moden sesuai dengan keadaan sekarang.

Pawagam Majestic, Rex dan Ruby telah berubah rupa menjadi kedai perabot, Odeon dijadikan pusat hiburan, Grand menjadi pusat foto perkahwinan, Lido dijadikan restoran manakala Cathay berubah kepada pasar raya.


Bekas pawagam Cathay dijadikan pasar raya.


Kewujudan pasar raya dan pawagam baru telah membunuh kemeriahan pawagam tradisional.

Malah, pawagam baru yang menawarkan konsep menarik seperti ruang penganjuran acara korporat sosial eksklusif, meja pool, mesin muzik, televisyen plasma, khidmat melayari internet secara percuma dan persekitaran kondusif serta makanan yang enak mematikan terus ingatan kepada nostalgia pawagam tradisional.

Malang sekali, bangunan yang sepatutnya menjadi antara peninggalan sejarah dan tumpuan pelancong itu kini ‘hilang’ sekelip mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.