VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/11/2010

Bahan pemanas makanan meletup


AINON Mardziah Elias menceritakan detik api menyambar mukanya sehingga melecur ketika menyalakan bahan api berbentuk gel di Hospital Pantai Puteri, Ipoh, semalam.


IPOH 14 Nov. - Seorang guru nyaris buta kedua-dua belah matanya apabila bahan api berupa gel yang digunakan untuk memanaskan makanan dalam majlis jamuan akhir tahun bagi meraikan para pelajar asrama tiba-tiba meletup.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf, Batu Gajah itu juga mengakibatkan kain seorang guru lain serta seorang penyelia asrama terbakar.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa, Ainon Mardziah Elias, 39, berkata, letupan yang memercikkan api itu dipercayai akibat penggunaan gel berwarna jernih tersebut menyebabkan sebahagian muka terutama di bahagian kedua-dua mata dan dahinya melecur.

"Selepas terdengar bunyi letupan yang kuat seperti meriam buluh, bahagian muka saya merasa panas.

"Saya hanya menyedari tudung yang saya pakai terbakar apabila seorang rakan panik melihat keadaan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Puteri, di sini hari ini.

Beliau yang juga warden sekolah itu juga tidak menyangka bahan api untuk memanaskan makanan sementara menunggu majlis diadakan bermula itu boleh mengundang kemalangan seumpama itu.

Letupan yang berlaku, turut menyebabkan botol mengandungi gel diletakkan berhampiran, terpelanting sejauh kira-kira 50 meter.

Malah kata guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) itu, sebaik sahaja berlaku letupan, para pelajar yang memenuhi ruang dewan bertepuk tangan kerana menyangkakan ia antara gimik perasmian menjayakan majlis jamuan akhir tahun tersebut.

Ainon Mardziah yang merupakan adik Penasihat Hal Ehwal Agama kepada Menteri Besar Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Mohd. Najmuddin Elias berkata, beliau membeli gel berkenaan daripada sebuah kedai di Batu Gajah.

"Pada mulanya saya ingin membeli bahan bakar (pemanas) yang biasa sahaja (sering digunakan oleh penyedia makanan atau katering sebelum ini) tetapi penjual di kedai itu sarankan saya mencuba gel tersebut kerana dikatakan lebih tahan lama.

"Memikirkan majlis akan diadakan agak memakan masa, saya setuju untuk mencuba. Tapi bila melihat di botol gel, tiada arahan bagaimana cara menggunakannya.

"Saya hanya diberitahu oleh penjual, jika mahu memastikan api bertahan lama, letakkan lebih banyak gel," katanya.

Sementara itu, suami Ainon Mardziah, Badrul Hisam Mohamad Hashim, 36, berharap agar kejadian dialami isterinya tersebut tidak akan berulang lagi.

"Pihak-pihak bertanggungjawab perlu mengambil perhatian kejadian itu kerana ia membabitkan penggunaan bahan yang berbahaya," katanya.

Beliau bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membawa perkara tersebut ke atas atau berhasrat untuk menyaman mana-mana pihak.

Pengetua Kanan Cemerlang SMK Sultan Yussuf, Ahmad Sanee Zainal Abidin yang turut melawat mangsa di hospital meminta supaya pihak-pihak berkaitan tidak lepas tangan dan menjalankan siasatan lanjut.

Pakar Pembedahan Plastik, Datuk Dr. M. Subramaniam ketika ditanya tentang keadaan Ainon Mardziah memberitahu, kecederaan akibat melecur dialami mangsa terutama di bahagian kedua-dua belah mata kini telah beransur pulih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.