VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/11/2010

BSN belanja RM12 juta setahun hadiah Sijil Simpanan Premium


AHMAD Mahmood (tengah) sambil diiringi Adinan Maning (kiri) beramah mesra dengan penunggang beca yang mendapat tajaan BSN selepas Majlis Cabutan SSP Bulan Oktober di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 31 Okt. – Bank Simpanan Nasional (BSN) membelanjakan lebih RM12 juta setahun untuk hadiah cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) yang menjadi salah satu produk simpanan paling popular dalam negara.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Perbankan Cawangan BSN, Azaddin Ngah Tasir berkata, sepanjang tahun ini 21,540 hadiah disediakan kepada pemegang-pemegang SSP atau 1,795 hadiah sebulan iaitu meningkat daripada 1,717 hadiah sebulan yang disediakan pada tahun lalu.

Katanya, pelbagai insentif dan hadiah menarik yang disediakan setiap bulan melalui cabutan SSP menerusi konsep ‘Simpan dan Menang’ adalah sebagai galakan kepada orang ramai menabung.

“Skim yang bermula 30 tahun lalu bertujuan menggalakkan penduduk negara ini mengamalkan sikap menabung demi kebaikan masa depan.

“Sejak diperkenalkan pada 1978, jumlah pembelian SSP sudah mencecah lebih RM1.3 bilion dengan peningkatan setiap tahun antara RM200 juta sehingga RM300 juta.

“Kita berharap dengan pertambahan jumlah hadiah yang disediakan akan menarik minat pemegang SSP sama ada untuk menambah pembelian sijil dan juga menarik pembeli baru,” katanya selepas majlis cabutan SSP bagi bulan Oktober yang diadakan di ruang legar KB Mall, di sini semalam.

Perasmian majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ahmad Mahmood.

Turut hadir Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning; Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Bayaran BSN, M. Zaukifele Ibrahim dan Pengarah BSN negeri, Mohd Zulkefli Daud.

Pada majlis itu, 136,083,852 unit sijil layak menyertai cabutan bagi mendapat hadiah yang disediakan setelah disahkan wakil Jabatan Audit Negara yang hadir.

Azaddin berkata, selain hadiah berupa pakej umrah dan pelancongan serta barang kemas, pemegang SSP berpeluang memiliki hadiah utama iaitu kereta mewah seperti Mercedes Benz E200 CGI, Mercedes Benz C200 EL, BMW 523i dan BMW 320i Coupe.

Katanya, pemegang sijil boleh membuat semakan keputusan menerusi laman web BSN, www.bsn. com.my atau melalui iklan di akhbar-akhbar utama dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BSN.

“Kesemua hadiah ini boleh dimenangi sesiapa sahaja dengan hanya simpanan minimum sebanyak RM10 bagi setiap unit sijil. Selain cabutan bulanan, BSN juga akan membuat Cabutan SSP High Savers pada Disember ini dan ia layak disertai penyimpan yang mempunyai simpanan minimum RM20,000. Simpanan minimum hendaklah dikekalkan sehingga tarikh cabutan dibuat.

“Hadiah-hadiah lumayan dan eksklusif termasuk kereta mewah BMW 120i Convertible, baucar barangan kemas dan SSP bernilai RM200 hingga RM25,000 bakal dimenangi penyimpan yang memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.