VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 12/07/2010

Kediaman ala resort




APABILA merancang untuk pergi bercuti, Aminah Md. Jan lebih suka mencari hotel yang berkonsep resort. Sememangnya mereka sekeluarga lebih selesa tinggal di resort daripada hotel bangunan tinggi.

Keindahan landskap dan persekitaran resort yang mendamaikan memberikan kepuasan bercuti kepada mereka sekeluarga berbanding menginap di hotel yang tampak kaku.

Gemar kepada konsep hiasan resort, memberikan ilham kepada Aminah ketika hendak membuat ubai suai rumah teres dua tingkat lot tepi miliknya yang terletak di Templer Park Resort.

Cadangan ini dipersetujui oleh seisi keluarga dan dia bersama suami mula memikirkan rekaan dan elemen yang sesuai.

Tidak bergantung kepada kontraktor untuk menghasilkan rekaan rumah yang hendak diubah suai, kata Aminah, dia dan suami membuat rekaan sedikit demi sedikit.

''Contohnya, mula-mula saya dan suami akan memikirkan rekaan yang sesuai untuk laman, bahan-bahan batuan yang kami pilih, pokok-pokok bunga yang sesuai dan sebagainya. Kemudian kami akan beritahu kepada konsultan dan akan berbincang bersama.

"Dia akan beritahu jika cadangan kami itu boleh diterima atau dia akan cuba memberikan pendapatnya pula,'' ujar Aminah ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhadapan dengan tasik, baru-baru ini.

Menurutnya, memang banyak masanya dihabiskan untuk mengubah suai rumah tersebut. Masakan tidak, kerana setelah satu bahagian selesai, mereka akan memikirkan pula bahagian yang lain. Bukan setakat di luar malah di dalam rumah juga adalah hasil sentuhan mereka.

Menurut Aminah yang mendiami rumah yang dibelinya pada harga RM260,000 itu pada tahun 2005, proses ubah suai mengambil masa selama satu tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka sekeluarga menyewa selang beberapa buah rumah dari situ.

Menamakan rumahnya sebagai D'Dangau, bererti pondok yang biasanya dibina di tepi sawah, kata Aminah, ini mengingatkannya semula kepada kehidupan di kampung semasa kecil di mana rumahnya dikelilingi sawah padi yang terdapat pondok-pondok kecil.

''Masa mula-mula pindah ke sini dahulu, kami membuat pondok dengan atap nipah di laman ini. Kemudian bila kami membuat ubah suai, kami menggantikan pondok itu dengan gazebo yang dibuat daripada kayu cengal yang tahan hujan dan panas.

''Tempat ini memang menjadi kesukaan kami sekeluarga dan saudara-mara yang sering berkunjung apabila tiba sahaja cuti sekolah.

"Waktu itu memang riuh-rendah apabila kanak-kanak mandi-mandi di kolam renang dan kemudian makan-makan di gazebo ini,'' kata Pengurus Sokongan Perniagaan di Perangsang Templer Golf Club ini lagi.

Berhadapan dengan gazebo terdapat kolam renang yang di dalamnya terdapat lukisan empat ekor ikan lumba-lumba hitam seolah-olah sedang berenang.

Di tepi pintu pagar pula dibuat kolam ikan koi yang di dasarnya tersusun batu-batu sungai diperoleh dari sungai berdekatan.

Begitu juga dengan tembok batu di keliling rumah yang tersusun cantik dengan batu-batu sungai bulat dengan warna-warna semula jadi. Sementara pagar di sekeliling rumah dibuat daripada kayu cengal yang ditempah khas.

Kata Aminah, semasa membuat kolam renang ini dahulu pun dia memberitahu konsultan bahawa dia tidak mahu kolam yang nampak kosong.

Justeru konsultan mengambil inisiatif dengan melukis gambar ikan lumba-lumba di atas kertas dan menampalnya di dasar kolam.

Setelah itu pekerja akan melekatkan jubin di atas gambar tersebut.

Kata ibu kepada empat orang anak ini, jika di luar rumah mempunyai unsur rekaan yang agak 'berat' dengan batu dan kayu, bahagian dalaman rumah berkonsep moden dan ringkas agar rumah tidak nampak begitu sarat.

Memilih warna-warna bumi seperti krim dan coklat untuk dinding dan perabot serta hiasan lain, cukup mendamaikan penghuninya. Perabot pula dipilih mengikut kesesuaian sesuatu ruang.

Ruang tamu dipenuhi dengan set sofa kulit kelabu yang begitu santai untuk diduduki. Di sebelahnya pula adalah ruang menonton televisyen untuk anak-anaknya atau anak-anak tetamu.

Sebuah pembahagi kayu berbentuk kekotak membahagikan antara ruang tamu dan ruang makan. Pembahagi ini juga berfungsi membataskan penglihatan di antara pintu masuk ke ruang makan yang diletakkan set meja makan kayu jati lapan kerusi.

Aminah berkata, keseluruhan bahan-bahan kayu yang digunakan untuk tingkap, pintu bilik dan ruang-ruang tertentu rumahnya menggunakan kayu jati yang dibeli di Japara, Indonesia.

''Kayu-kayu ini memang ada dijual di Malaysia tetapi harganya jauh lebih mahal berkali-kali ganda. Jadi suami sanggup ke sana dengan membawa ukuran dan di sana dia akan memilih rekaan yang disukai. Setelah siap mereka akan menghantarnya ke sini dalam tempoh sebulan,'' jelas Aminah.

Menurut Aminah lagi, kini setelah melihat hasil daripada susah payah mereka suami isteri membuat rekaan rumah tujuh bilik ini, mereka cukup berpuas hati.

''Pada saya, susah pun biarlah sekali. Lepas ini tidak payahlah ubah-ubah lagi,'' katanya mengenai rumahnya yang kini bernilai lebih satu juta ringgit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.