VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 28/03/2011

Butik Impiana tampil pelbagai koleksi tudung menarik


Rohana Md. Ali bersama suaminya, Sofidaliny Jamaludin melayan pelanggan yang membeli tudung di Melaka, semalam.


MELAKA 27 Mac - Jika anda ingin mencari koleksi tudung dengan penampilan gaya terkini, Butik Impiana menyediakan pelbagai koleksi yang memenuhi cita rasa tersebut.

Butik berharga RM150,000 terletak di Tesco Cheng di sini itu menyediakan pelbagai koleksi tudung wanita dengan pelbagai warna yang menarik khususnya bagi mereka menggemari fesyen terkini.

Menurut pemilik butik itu, Rohana Md. Ali, kebanyakan fesyen tudung yang dijual adalah daripada produk Pearl Haya State Distributor.

Katanya, koleksi Pearl Haya menampilkan koleksi tudung yang lebih ranggi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam iaitu menutup aurat.

"Penjualan tudung ini bukan hanya boleh didapati di Tesco Cheng, malah kami mempunyai enam lagi butik yang merupakan ejen sama menjual tudung ini," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Butik Impiana di Tesco Cheng di sini hari ini.

Jelas Rohana, antara tudung-tudung yang menjadi perhatian menampilkan corak eksklusif seperti Haya Raina, Chiffon Chic, Chiffon Shawl dan Dwi Raffles.

Menurut Rohana, antara ejen yang menjual koleksi tudung tersebut ialah My Lady Boutique di Bukit Baru, Linah Fashion di Mahkota Parade, Wanda Vista di Tesco Melaka, Dnarz Eksklusif di Kota Fesyen MITC dan Surizan di Dataran Pahlawan.

Beliau yakin koleksi tudung itu mendapat sambutan menggalakkan tambahan pula lokasi strategik butiknya yang terletak di tingkat bawah pasar raya Tesco Cheng di sini.

"Saya menyasarkan jualan sebanyak RM50,000 bagi bulan pertama pembukaan butik ini," ujarnya.

Tambah beliau, nama Butik Impiana diambil sempena perkataan impian yang digabungkan dengan hujung nama iaitu Ana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.