ARKIB : 19/02/2011
Sekolah tahfiz baru di Melaka
![]() |
|
PARA pelajar Tahfiz Al-Quran bergambar bersama Mohd. Ali Rustam sambil menunjukkan Buku Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah, Merlimau Jasin, semalam. - utusan/GAIE UCHEL |
JASIN 18 Feb. - Sebuah sekolah tahfiz al-Quran akan dibina dalam daerah Melaka Tengah bagi menampung permintaan pada masa depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja pembinaan sekolah berkenaan sedang dijalankan di kawasan berhampiran Masjid Masyidina Ali di Bukit Katil di sini.
Menurutnya, bagi kemudahan asrama pelajar, agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab mengurus sekolah itu akan menyewa sementara waktu kawasan perumahan berhampiran bagi kemudahan asrama pelajar.
''Ini merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri untuk menambah kemudahan sekolah tahfiz al-Quran bagi memenuhi keperluan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada pelajar sekolah menengah Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau di sini hari ini.
Seramai 60 pelajar sekolah menengah dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dalam DUN Merlimau terpilih menerima sumbangan ASB bernilai RM50 tajaan Yayasan Melaka melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3,000.
Pelajar terbabit dipilih dari empat sekolah menengah dalam DUN Merlimau iaitu seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan masing-masing 10 pelajar dari Sekolah Menengah Tun Syed Zahirudin, Sekolah Menengah Dang Anum serta Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub.
Menurut Mohd. Ali, usaha itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai golongan pelajar khususnya dari keluarga berpendapatan rendah untuk menabung dan meningkatkan jumlah pelaburan pada masa depan.
Katanya, selain golongan pelajar, pihaknya turut menyediakan sumbangan tabungan ASB kepada penduduk negeri ini yang berada dalam paras kemiskinan dan bagi tujuan itu, sejumlah RM115,500 telah dibelanjakan kepada 1,155 penerima bantuan tersebut.
''Daripada 1,155 penerima itu, seramai 651 orang adalah dari golongan bumiputera manakala 504 orang bukan bumiputera menerima nilai tabungan ASB RM100 setiap seorang," katanya.
Katanya, selain bantuan menabung dalam ASB, kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka juga membantu menyediakan kemudahan yuran tuisyen bagi membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati kemudahan pendidikan sempurna.
Ujar beliau, sepanjang tahun lalu, sejumlah RM781,000 telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut dengan kira-kira RM35,800 disalurkan kepada 15 buah sekolah dalam DUN Merlimau sahaja.
Sementara itu, kata Mohd. Ali, kerajaan negeri bercadang untuk menambah kawasan Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah kepada 0.4 hektar dengan kos pengambilan tanah di kawasan berhampiran sebanyak RM1.4 juta.
''Kita merasakan kawasan 1.76 hektar sedia ada tidak cukup luas dan sesuai bagi menampung pertambahan pelajar sekolah itu yang kini mencapai 203 orang kerana kita tahu, bilangan ini akan meningkat setiap tahun," katanya.
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










