20 Mei 2013 / 10 Rejab 1434  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 14/02/2012

Permohonan habeas corpus Hamza 22 Feb

14/02/2012 3:12pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Mahkamah Tinggi akan mendengar 22 Februari ini bantahan awal kerajaan Malaysia terhadap permohonan habeas corpus yang difailkan kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Bantahan awal itu dikemukakan oleh empat responden iaitu Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Hamza dan Peguam Kanan Persekutuan, Amir Nasruddin dan Mohd. Zain Ibrahim yang mewakili responden.

Fadiah ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah turut mengarahkan pihak responden memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan habeas corpus itu sebelum Rabu depan.

Semalam, Hamza, 23, memfailkan permohonan habeas corpus itu melalui kawannya, Asma' Abdul Razak, antara lain memohon supaya mahkamah memutuskan sama ada penahanan, penangkapan dan penghantaran beliau ke Arab Saudi adalah sah atau tidak.

Dalam notis usul itu, Hamza juga memohon writ habeas corpus supaya mahkamah ini mengeluarkan perintah untuk membawa beliau ke mahkamah sepanjang perbicaraan habeas corpus itu.

Asma', 31, dalam afidavit yang difailkan bersama-sama permohonan itu berkata, pada 4 Februari lalu, Hamza telah menghantar pesanan melalui akaun Twitternya sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., bagaimanapun pada keesokannya Hamza telah memadam puisi berkenaan di laman sosialnya.

Asma' berkata, pada 8 Februari lalu, pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemohon atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W., dan dia juga diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu dan sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Hamza ditangkap pada 9 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mana pada ketika itu dia dijadualkan dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand.

Menurut laporan akhbar, Hamza telah dihantar pulang ke Arab Saudi, Ahad lepas melalui KLIA dengan diiringi beberapa pegawai dari negara itu, pada pukul 3 petang. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:20
Isyak 8:34
 
 


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.