VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 04/02/2011

Giatkan program bahasa Arab


MAHAMUD Abdul menziarahi Tokoh Maal Hijrah 1430H, Dr. Wahbah az-Zuhaili di Damsyik, Syria, semasa membawa rombongan pelajar intensif bahasa Arab, baru-baru ini.


Mempelajari bahasa Arab sebagai satu subjek tidak mampu menjadikan seseorang itu fasih. Ini kerana untuk mendalami bahasa, seseorang perlu selalu bertutur dan menggunakan bahasa berkenaan.

Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM), Datuk Mahamud Abdul.

Itulah yang dilakukan beliau apabila memilih untuk tinggal berasingan dengan asrama pelajar Malaysia semasa lapan tahun menuntut di Universiti Al-Azhar mulai tahun 1967.

"Saya memilih tinggal di Madinah Naser Lil Bu'uth al-Islamiah iaitu kampus antarabangsa yang dihuni oleh pelajar al-Azhar daripada lebih 70 negara.

"Jadi, mahu tidak mahu, bahasa utama pertuturan adalah bahasa Arab selain Inggeris dan Perancis," katanya.

Mahamud berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menggunakan sepenuh kesempatan yang ada untuk berinteraksi dalam bahasa Arab.

Katanya, beliau juga melibatkan diri dalam Pengakap Islam Antarabangsa di Mesir untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat Arab.

"Selain itu, kesempatan bertugas sebagai Pembantu Pegawai Kebajikan Penuntut di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah banyak memahirkan penguasaan bahasa Arab saya.

"Di sini saya mendapat bimbingan menterjemah surat Wisma Putra ke bahasa Arab selain semua urusan pendaftaran pelajar juga menggunakan bahasa Arab," jelas beliau.

Sehubungan itu, Mahamud berharap media massa di negara ini terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan rancangan bahasa Arab di televisyen untuk memupuk minat masyarakat terhadap penggunaan bahasa tersebut.

Ini berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan program bahasa Arab di RTM sebanyak 100 siri pada tahun 2002 hingga 2005.

"Alhamdulillah, saya dapati hasil program itu berjaya menarik minat masyarakat umum mempelajari dan menggunakan bahasa Arab.

"Walaupun ada saluran lain yang menyiarkan program bahasa Arab tetapi saya yakin kalau RTM dapat menyiarkannya, kesan kepada masyarakat adalah lebih hebat," katanya.

Menurut Mahamud, PBAM sebelum ini turut menyediakan kelas-kelas bahasa Arab untuk masyarakat awam.

Bagaimanapun, program tersebut terpaksa ditangguhkan sementara berikutan masalah mendapatkan kelas.

"Saya berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang selama ini bermurah hati membenarkan kita mengadakan pengajian bahasa Arab di bangunan mereka," tambahnya.

Semangat mengembangkan bahasa Arab kepada masyarakat terus membara dalam diri Mahamud walaupun pada usianya yang mencecah 63 tahun kini.

Antaranya, beliau pernah terlibat dalam program Lughatuna al-Jamilah (Bahasa Kita Yang Indah) pada tahun 2009 yang disiarkan menerusi Ikim.fm.

Rancangan yang diterbitkan oleh deejay Mona Jasman itu membincangkan kesalahan-kesalahan biasa dalam bahasa Arab.

Selain itu, beliau juga terlibat secara langsung dalam program intensif bahasa Arab. Ia melibatkan kembara ke Jordan selama sebulan di bawah Muassasah Al-Baian yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Para peserta berpeluang mengikuti kegiatan seperti lawatan ke tempat bersejarah dan destinasi pelancongan di Jordan, lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di sekitar bandar Amman dan menziarahi serta berinteraksi dengan keluarga Arab.

Tahun lalu, Mahamud juga diberi kepercayaan oleh Syarikat Tasneem Sdn. Bhd. untuk membuat terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu dalam penerbitan al-Quran digital.

Melalui al-Quran itu, orang ramai boleh mengikuti bacaan dan terjemahan al-Quran dengan hanya meletakkan pen di atas mana-mana ayat pilihan.

"Saya berharap usaha ini akan memberi galakan kepada orang yang tidak menguasai bahasa Arab untuk merujuk kepada maksud al-Quran dengan lebih mudah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.