2 FEB. 2012: Polis memeriksa mayat H' Ng Kean Soon yang ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mak Mandin Butterworth Pulau Pinang. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
2 FEB. 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan warga pendidik pada Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan di Kompleks YKK, Peringat, Kota Bharu. - UTUSAN/ROSNI MASRI
2 FEB. 2012: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah mencemar duli melihat anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja membuat kerja-kerja pemasangan jambatan 'Bailey' di Sungai Lembing. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
2 FEB. 2012: Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar ceria melambai tangan sambil diperhatikan Datuk Seri Khaled Abu Bakar (kiri) sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
2 FEB. 2012: Tan Sri Tony Fernandes bergambar bersama dan pramugari Air Asia dan pesawat Airbus A320 yang ke-100 di Majlis Sambutan Airbus A320 Dragon Air Asia di Terminal Tambang Rendah. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
1 FEB. 2012: Seorang anggota polis memeriksa keadaan mayat Muhammad Noor Azimat yang ditemui pasukan penyelatam selepas dilaporkan hilang ketika memancing di kawasan tepi laut di Green Hall, Pulau Pinang. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK
1 FEB. 2012: Kakitangan Jabatan Perhilitan dan Zoo Melaka berusaha menangkap seekor tapir seberat 200kg yang terperangkap di dalam sebuah kolam tadahan banjir di Kampung Tun Razak Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/GAIE UCHEL
01 FEB. 2012: Pegawai JKM Kota Bharu, Ruzaidi Che Soh bersama anggotanya menahan tiga warga Thailand yang mengutip derma dalam oprasi Bersepadu Pengemis dan Kutu Rayau di Wakah Che Yeh, Kota Bharu. - UTUSAN/ROSNI MASRI