Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






JENAYAH

Mayat bayi ditemui terapung

Mayat bayi ditemui terapung

KUANTAN 26 Mei - Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.

''Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.

''Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,'' jelasnya.

Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.

Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN