Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






MUKA HADAPAN

Dakwat: Kabinet tidak arah

Dakwat: Kabinet tidak arah

KUALA LUMPUR 17 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri berkata, ini kerana SPR selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya berhak sama ada mahu menerima cadangan yang diberikan Kabinet atau tidak.

''Perkara ini disampaikan secara pandangan, selepas itu terserah kepada SPR sama ada hendak terima pandangan Kabinet itu atau masih berpendirian dengan keputusan yang telah dibuat.

''Ia bukan arahan, kita beri sebab-sebab mengapa cadangan itu dibuat. Kalau kita tak ambil kira langsung nanti akan salahkan kerajaan juga akhirnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Mesyuarat Penasihat Panel Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11 di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bahawa Kabinet yang tidak meluluskan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu walaupun SPR bersetuju dengan kaedah tersebut.

Abdul Rashid pada satu majlis dekat sini hari ini berkata, Kabinet tidak meluluskannya atas dua alasan yang kukuh dan beliau bersetuju kerana ia melibatkan keselamatan dan satu lagi daripada segi undang-undang.

Perdana Menteri menjelaskan, perkara tersebut memang menjadi antara tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet setelah mendapat beberapa maklumat berkaitan hal tersebut .

Kata beliau, antaranya mengenai pihak tertentu yang telah membeli dakwat itu walaupun mereka tidak mempunyai autoriti berbuat demikian yang berkemungkinan merupakan usaha untuk menghalang pengundi daripada membuang undi.

''Ini (jika berlaku) akan menimbulkan keadaan yang boleh membawa masalah kepada proses pengundian dan daripada perkara itu dibawa ke mahkamah hingga keputusan pilihan raya dibatalkan, lebih baik Kabinet mengemukakan cadangan tersebut.

''Sebab itu Kabinet mahu pastikan kalau ada kemungkinan untuk berlaku sesuatu (daripada pelaksanaan calit dakwat di kuku) maka lebih baik tidak buat,'' jelasnya.

Abdullah berharap soal pembatalan kaedah mencalit dakwat di kuku tidak lagi dijadikan isu.

''Pilihan raya telah berjalan dengan baik, keputusan telah diumumkan dan rakyat juga telah terimanya. Jadi apa lagi nak dijadikan isu perkara ini,'' ujarnya.

-habis

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN