Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






SELATAN

Pesta liar bertentangan budaya Malaysia

Pesta liar bertentangan budaya Malaysia

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

KUALA PILAH 12 Mei - Festival muzik yang bertukar menjadi pesta liar di pantai Port Dickson pada hujung minggu lalu bertentangan dengan moral dan adat budaya masyarakat di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abdul Samad Ibrahim berkata, aktiviti itu jelas membawa kepada keruntuhan moral pengunjung terlibat selain mencemarkan imej pantai peranginan tersebut.

''Kelulusan diberi oleh pihak berkuasa tempatan tetapi aktiviti yang dijalankan semasa pesta itu berlangsung dalam suasana di luar kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail di Taman Ular Sawa, Ulu Bendul di sini hari ini.

Ditanya apakah festival muzik yang dianjurkan sebuah pertubuhan di Kuala Lumpur itu merupakan satu identiti masyarakat Malaysia, Abdul Samad menafikan tanggapan itu.

''Itu bukan identiti kita. Itu budaya luar. Kita lihat ramai pengunjung yang datang itu merupakan mereka dari luar negara.

''Kebanyakan penduduk tempatan tidak tahu pesta itu berlangsung di Port Dickson. Sudah tentulah ia lari daripada lunas budaya kita," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mahu pemberian permit aktiviti seperti itu dikaji semula.

''Sekiranya permit diluluskan, ia hendaklah dipantau supaya mengikut peraturan dan undang-undang negara,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Razi berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk aktiviti yang mampu mempromosi bandar peranginan, Port Dickson.

''Bagaimanapun, kita tidak mahu aktiviti yang dirancang bertentangan dengan adat resam dan budaya masyarakat di negeri ini.

''Kalau kita mahu melakukan program yang melibatkan pelancong asing, ia hendaklah dibuat secara terkawal," katanya.

Tambahnya, pada masa akan datang, sekiranya penganjur memperoleh permit hiburan mereka juga perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

''Jangan bila sudah habis acara, masalahnya dibebankan kepada kerajaan," katanya.

Hujung minggu lalu, festival muzik yang mendapat kerjasama beberapa resort di Port Dickson itu menarik perhatian ribuan remaja dan belia dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, suasana di situ bertukar menjadi pesta liar kerana keadaan yang sukar dikawal.

Malahan melalui pemeriksaan rambang pihak polis, seramai 41 orang ditahan kerana cuba membawa masuk dadah.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN