|
Jenazah Tan Sri Nasimuddin selamat dikebumi di Hulu Langat
Jenazah Tan Sri Nasimuddin selamat dikebumi di Hulu Langat
04/05/2008 5:05pm

|
Dato Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi bersama dengan anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin , SM Faisal (4 dari kiri), Faliq (kiri) dan Adik Allahyarham , SM Salehuddin (3 dari kiri) membaca doa selepas upacara sembahyang jenazah di Masjid Wilayah Persekutuan
|
KUALA LUMPUR 4 Mei - Jenazah pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin selamat dikebumikan pada pukul empat petang di tanah Perkuburan Islam Batu 9, Kampung Melaka, Hulu Langat dekat sini hari ini.
Jenazah Allahyarham yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Los Angeles tengah hari ini, dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Salbiah Abdul Majid.
|