|
SAS sertai WCIT
SAS sertai WCIT
KUALA LUMPUR 21 April - SAS Institute Sdn. Bhd. (SAS) penyedia perkhidmatan perisian analitikal, akan menyertai Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat Ke-16 (WCIT) yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 Mei ini di Kuala Lumpur.
Penyertaan ini merupakan yang kedua oleh SAS dalam acara IT global yang berlangsung setiap dua tahun.
Pengarah Urusan SAS Malaysia, Jimmy Cheah berkata, penggunaan perisian analitikal atau perisikan perniagaan (BI) dalam pelbagai industri semakin meningkat di Asia.
''Kuantiti penggunaan data volum dijangka akan meningkat setiap hari pada tahun 2010 dan syarikat yang menggunakan BI dan perisian analitikal akan mendapat manfaat terutama dalam membuat keputusan dan pengurusan.
''WCIT merupakan platform strategik untuk syarikat IT untuk menjalin usahasama dan mendapat pendedahan mengenai trend global serta inovasi terbaru pengurusan penyelesaian IT, SAS berbangga menjadi sebahagian daripada acara tersebut,'' katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Cheah, SAS akan diwakili oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi, Jim Davis yang akan membincangkan topik evolusi informasi.
WCIT bertemakan 'Impak Global terhadap teknologi komunikasi dan informasi: memberikan peluang perniagaan, memperkasa masyarakat dan memajukan ekonomi' dijangka akan menarik lebih 2500 delegasi dari 80 negara.
|