Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






DALAM NEGERI

PM akan menghadap Agong

PM akan menghadap Agong

KUALA LUMPUR 25 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

‘‘Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan),’’ katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Perdana Menteri enggan mengulas bila pertemuan itu akan diadakan.

‘‘Saya akan beritahu anda bila saya umumkannya kelak,’’ kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau yakin ada cara untuk mengatasi masalah itu, dan bukannya mereka telah menemui jalan buntu.

‘‘Ada pihak yang mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan peribadi mereka. Dan kita perlu terus bertenang,’’ katanya.

Pelbagai pihak menyarankan Abdullah menghadap pihak Istana Terengganu yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

Ia menimbulkan kontroversi kerana watikah pelantikan di pihak kerajaan telah memilih Datuk Seri Idris Jusoh untuk kekal sebagai Menteri Besar untuk penggal yang kedua.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN