Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






TERKINI

Tarif elektrik kekal

Tarif elektrik kekal

25/03/2008 6:11pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kerajaan akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak dan gas tidak berubah, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, apa yang penting bagi kementerian sekarang ialah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

``Ini yang akan kita perkenalkan iaitu bagaimana menguruskan permintaan bekalan elektrik dan mening katkan keberkesanan penggunaan elektrik,'' katanya.

Shaziman bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik kepada beliau di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa harga bahan api dan gas sedia ada dikekalkan.

– Utusan.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN