Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






KOTA

U10 mahu syarat ubah suai rumah diketat

U10 mahu syarat ubah suai rumah diketat

SHAH ALAM Penduduk Seksyen U10 di sini meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengetatkan syarat pengubahsuaian kediaman bagi mengelakkan berlakunya kejadian pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan itu.

Pengerusi Gabungan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen U10, Adnan Abdul Kadir berkata, syarat tersebut perlu dilakukan berikutan aktiviti pengubahsuaian rumah di kawasan itu dilakukan oleh pekerja-pekerja kontrak yang dikenal pasti antara penyumbang kepada aktiviti pecah rumah di kawasan itu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan polis, kejadian itu berkemungkinan dilakukan oleh pekerja kontrak pengubahsuaian kerana golongan itu didapati tinggal sementara di kawasan itu selain memiliki kemahiran serta peralatan yang berpotensi digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya setiap kontraktor mendaftarkan semua pekerja serta peralatan yang digunakan kepada MBSA, polis dan persatuan penduduk bagi mengenal pasti bilangan mereka yang bukan menetap di kawasan itu.

"Dengan cara ini, kita dapat menentukan bilangan 'orang luar' supaya aktiviti pemantauan dapat dilaksanakan, seterusnya membendung aktiviti jenayah di kawasan ini.

"Selain itu, syarat tersebut boleh digunakan dalam mengawal serta menguatkuasakan aktiviti pencemaran alam sekitar seperti pembuangan sisa-sisa pembinaan yang boleh menjejaskan persekitaran di kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adnan turut meminta supaya pihak berkuasa meningkatkan pengawalan serta menyegerakan pembinaan infrastruktur termasuk pondok polis di kawasan tersebut.

"Oleh kerana kedudukan rumah kami jauh daripada segala kemudahan yang ada, ia mendorong golongan penjenayah melakukan aktiviti mereka di kawasan ini,'' katanya.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN