Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






DALAM NEGERI

Pemuda lawat keluarga K. Yashovan

Pemuda lawat keluarga K. Yashovan

Oleh ASSIM HASSAN dan NORMALA ZULKIFLI

SUBANG JAYA 22 Jan. – Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengunjungi keluarga pelajar malang, K. Yashovan, 15, yang meninggal dunia kerana terjatuh dari tingkat dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong, 14 Januari lepas.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi Biro itu, Datuk Subahan Kamal yang turut mengadakan lawatan ke sekolah pelajar berkenaan.

Subahan berkata, kunjungan Pemuda UMNO ke atas keluarga pelajar berkenaan adalah atas perasaan simpati dan merasakan keluarga itu memerlukan keadilan dan kepastian berhubung kes kematian anak mereka.

‘‘Kami berharap agar pihak berkenaan tampil memberikan penjelasan kepada keluarga mangsa,’’ katanya ketika ditemui di rumah keluarga pelajar itu di Bandar Kinrara, Puchong di sini hari ini.

Subahan berkata, Pemuda UMNO sendiri mewakili ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu laporan khas berkenaan masalah itu disiapkan dengan segera.

Tambah Subahan, beliau juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryll Sani untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Sementara itu, dalam lawatannya ke sekolah selepas itu, Subahan turut bertemu dengan pihak pengurusan sekolah mangsa bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kejadian itu.

Selepas pertemuan kira-kira 30 minit antara Subahan dengan pihak sekolah berlangsung, pengetua sekolah bersama empat guru mengunjungi rumah keluarga mendiang untuk menyerahkan beg dan kasut pelajar terbabit serta sumbangan pihak sekolah.

Sementara itu, bapa pelajar malang itu, B. Kesavan, 55, berkata, mereka berasa satu kehilangan besar pada tahun ketika menyambut perayaan Thaipusam kerana ketiadaan mendiang.

‘‘Mendiang K. Yashovan adalah satu-satunya anak tunggal kami. Kami akan melakukan kerja-kerja amal bagi memperingati pemergian mendiang dengan menderma di rumah-rumah kebajikan,’’ tambahnya.

K. Yashovan meninggal dunia pada 17 Januari lalu selepas tiga hari koma di Hospital Kuala Lumpur kerana kecederaan serius di kepala akibat terjatuh dari tingkat dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN