|
Harga barang kawalan
Harga barang kawalan
SEDEKAD yang lalu, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menilai semula polisi kawalan harga ke atas petrol dan barangan keperluan asas termasuk beras, tepung, susu dan gula.
Cadangan ini dibalas dengan kritikan. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Hamdan Adnan menyatakan, cadangan itu tidak wajar kerana ia bermakna tiada lagi subsidi kerajaan ke atas barangan itu. Beliau tidak menolak kemungkinan harga barang kawalan akan naik mendadak jika harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.
Sedekad telah berlalu dan kini polemik mengenai barang kawalan berkisar mengenai kekurangan bekalan minyak masak. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan pada 7 Januari 2008 lalu mengumumkan akan meningatkan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi sehingga 70,000 metrik tan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal menyatakan langkah sementara itu akan dibuat sehingga bekalan minyak masak kembali stabil sebelum diturunkan kepada keperluan semasa sekitar 55,000 metrik tan sebulan pada tahun 2007 berbanding 49,000 metrik tan sebulan pada 2006. Tindakan mengawal harga dan bekalan ini membuktikan kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah.
– Sumber Utusan Malaysia 18 Januari 1998
|