Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






TERKINI

Pastikan minyak masak cukup - PM

Pastikan minyak masak cukup - PM

07/01/2008 1:34pm

ZULKIFLI JALIL/HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 7 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pihak berkenaan memastikan bekalan minyak masak untuk keperluan rakyat mencukupi.

Perdana Menteri yang kurang senang dengan kekurangan minyak masak di pasaran ketika ini berkata, masalah itu perlu diberi perhatian serius.

Sehubungan itu, tegasnya, satu mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Daya Saing Sawit dipengerusikannya pagi ini bagi memastikan kekurangan bekalan minyak masak diatasi.

``Walaupun angka-angka yang berkaitan ekonomi kita baik, tapi ada juga masalah lain yang timbul bagi negara kita yang sememangnya banyak kelapa sawit.

``Surirumah mengeluh fasal ketiadaan minyak masak (di pasaran). (Justeru) kita ada satu mesyuarat penting hari ini bagi memastikan bekalan minyak sawit tidak kurang dan cukup untuk rakyat,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN