Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






MUKA HADAPAN

5 penuntut tahfiz maut

5 penuntut tahfiz maut

Oleh: AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI


KEADAAN van yang remuk dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena milik Pos Malaysia di KM 355.7, Lebuh Raya Utara Selatan dekat tol Sungkai, Perak, semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS.

SUNGKAI 29 Dis. – Lima penuntut Pusat Tahfiz Amal, Simpang Empat, Kuala Kedah maut dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini awal pagi ini.

Dalam nahas yang turut mencederakan tiga lagi pelajar, van yang mereka naiki melanggar belakang lori kontena yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 355.7 lebuh raya itu.

Van itu dipandu oleh guru mereka, seorang remaja berusia 19 tahun. Mereka baru pulang dari Kuala Lumpur selepas membuat jualan amal untuk kutipan derma pusat tahfiz itu.

Dalam kejadian pukul 2.50 pagi berhampiran Slim River itu, lima penumpang van itu tercampak keluar kenderaan dan mati di tempat kejadian.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd. Miqdad Amir, 12, dari No. 20, Lorong 1-5, Taman Damansara, Kuantan, Pahang; Mohd. Fadhullah Yusuff, 12, dari No. 16A-3628, Batu Lima, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang; Anas Shazwan Ani, 13, dari No. 16, Lorong 16, Taman Putrajaya, Jalan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah; Muhammad Abu Dehya Chin Muhammad Syukri Chin, 12, dari Blok H6-1-103, Pangsapuri Seri Meranti, Bandar Seri Damansara, Selangor dan Muhammad Al-Ghazi Zulkafli, 12, dari Paroi, Seremban.

Penumpang yang parah dikenali sebagai Mohd. Abdul Qayum Anis, 13, dari Miri, Sarawak yang kini dirawat di Hospital Ipoh dan seorang pelajar, Mohd. Dinyak Nurdin, 13, dari Kota Lukut.

Pemandu van, Mohammad Syafarin Ani, 19, ialah abang kepada Anas Shazwan yang terkorban. Dia cedera ringan dan kini mendapat rawatan di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori mel kontena milik Pos Malaysia itu mengalami kerosakan brek dan berhenti di lorong kecemasan.

‘‘Sebelum pemandu dan kelindan lori sempat keluar untuk meletakkan tanda kon kecemasan, mereka terdengar bunyi hentaman kuat di bahagian sisi lori kontena itu,” katanya kepada pemberita.

Katanya, polis akan mendapatkan keterangan daripada pemandu van itu yang mendapat rawatan di Hospital Slim River.

Roslan Bek berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kontena yang berusia 54 tahun itu, bagaimanapun, tidak cedera dan telah dibebaskan setelah polis mendapatkan keterangan daripadanya.

Mangsa yang terkorban dibawa ke rumah mayat Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat mereka akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sidam Kiri, Kuala Ketil, Kedah.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Sedim, Sidam Kiri di sini apabila orang ramai tidak dapat menahan kesedihan menyaksikan pengkebumian jenazah lima pelajar berkenaan.

Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 8.30 malam ini.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN